[VIDEO] Sempat Infaq Makanan Buat Jemaah Haji Di Makkah, Telatah Anak Aliff Syukri Undang Tawa Netizen

Tular sebuah video di media sosial apabila usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sempat berkongsi rezeki dengan memberikan makanan buat jemaah haji di Makkah.

Video itu telah dimuat naik menerusi akaun TikTok milik Aliff sendiri.

@abangterlajaklaris

Janji saya tepati waktu live… khas kepada pelanggan yang support produk saya dekat TikTok saya infaqkan sebahgian jualan tersebut untuk membeli barangan orang miskin di sini .. tqq smua beli lagi yaa nanti

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menerusi video tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman menyatakan bahawa pemberian makanan tersebut bertujuan untuk menginfaqkan sebahagian daripada hasil perniagaannya.

Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila melihat anak sulungnya, Ammar Ahyan yang diberikan tugas untuk memberikan makanan kelihatan ketakutan kerana jemaah haji yang ada dilihat berebut-rebut.

Ammar sempat meminta pertolongan dari ayahnya tetapi ayahnya tidak memberikan sebarang pertolongan.

Telatah dua beranak itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dan ada juga yang bersimpati melihat Ammar yang memerlukan pertolongan tetapi tidak diendahkan oleh ayahnya sendiri.

“Bapak kalut nak rakam Kesian anak terkapai-kapai

“Ayahnya riuh. Nasib baik Ammar tak kena penyek

“Kesian. Anak minta tolong bapak buat tak kisah,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana