[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Pelakon, Farid Kamil mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah seakan sudah berhijrah dan menghadiri kelas agama.

Farid turut berkongsi video dimana dia sedang mempelajari cara-cara memakai serban.

Video yang dimuat naik oleh aktor popular Anwar The Untold Story itu mengundang pelbagai reaksi netizen, terutamanya selepas disahkan bercerai dengan isterinya, Diana Danielle talak satu pada petang Khamis.

Dalam masa yang sama, Farid mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan seakan reda dengan ketentuan Illahi.

“Alhamdulillah.. Terima kasih semua yang mendoakan.. Saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat..

“Kita boleh rancang, kita boleh usaha, Ketetapan tetap pada yang punya Kuasa,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terharu dan teruja melihat perubahan Farid yang sedang mula mendekati agama.

Malah, ramai juga dalam kalangan mereka yang berkata perubahan tersebut adalah jalan yang terbaik untuknya selepas kehilangan hubungan rumah tangga yang terbina selama 11 tahun.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, adik Farid iaitu Fadzil Zahari turut memberi semangat kepada abangnya itu.

“Moga Allah juga permudahkan urusan hang, Insya-Allah,” katanya.

Sekadar info, Farid dan Diana sah bercerai talak satu menerusi platfoom Zoom pada Khamis Petang tadi.

Pasangan ini berkahwin pada 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 10 dan Nur Aurora, & tahun.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Aqilah Paharuzi