[VIDEO] Set Camping ‘Terpaling Mega’ Betty Rahmad Jadi Perhatian, Kagum! Siap Ada Tandas Bergerak Lagi!

Menikmati percutian mengikut bajet atau kemampuan adalah faktor utama yang perlu diambil kira.

Malah, ada sesetengah masyarakat yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata mahu menikmati keselesaaan duduk dan menginap di hotel bertaraf lima bintang. Dan, ada juga yang sanggup berhabis duit semata-mata mahu berjalan di negara orang.

Namun, lain pula ceritanya buat pelakon dan usahawan, Betty Rahmad dan suami yang memilih cara berkemah untuk menikmati percutian mereka.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Betty kini sedang menikmati percutian  sambil berkemah bersama keluarga di tepi pantai.

Namun, jangan terkejut kerana perkemahan ini terlalu ‘mega’ kerana dilengkapi dengan perkakasan yang lengkap seperti rumah. Malah, ia siap dilengkapi dengan tandas bergerak.

 

Menurut Betty, dia dan suami tidak kisah untuk berhabis duit membeli peralatan perkhemahan kerana menyifatkan ia sebagai pelaburan yang berbaloi.

“One time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup & list barang apa nak bawa untuk camping. Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yg bawak & kitorang yang pack kan.

“Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni je lah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content😂 Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!

“One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan memuji kebolehan suami Betty, Ardy Damis yang cekap mengendalikan dan memasang khemah.

 

Salma Syahbuddin

Recent Posts