[VIDEO] Shiha Zikir Jumpa Rossa, Macam Tengok Cermin -“Mana Satu Shiha ni?”

Penyanyi dan pengacara Shiha Zikir berkongsi video dan beberapa keping foto pertemuannya bersama penyanyi terkenal dari negara seberang, Datuk Rossa.

Video dan foto tersebut telah dikongsi menerusi kemaskini terbaharu Shiha di akaun Instagram miliknya.

“Rush tadi dari shooting demi kesayangan Shiha, Datuk @itsrossa910. Sayang Teteh Ocha sebab dari dulu sampai sekarang maintain humble. Tak sia-sia jadi peminat dari sekolah dulu. Makasih udah WhatsApp Shiha untuk datang join launch album baru. I’m so happy,” tulis Shiha di kapsyen

Apa yang lebih menarik, hantaran tersebut telah mengelirukan ramai orang kerana mereka berdua mempunyai wajah yang mirip.

Rata-rata netizen juga turut mengatakan bahawa mereka adalah kembar dan adik beradik.

“Mana satu Shiha ni

“MasyaAllah kembar siang malam ni

“Muka tu tak jauh beza ya. Macam kembar betul. Sampai tak boleh beza mana Shiha mana Teh Ocha,” tulis netizen.

Kehadiran Rossa ke Malaysia bertujuan untuk menghadiri sebuah acara pelancaran konsert dan album baharunya, Another Journey The Beginning yang berlangsung di The Curve, Damansara semalam.

Izzi Farhana