[VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

Umum sedia maklum, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seakan berada di ambang ‘perpisahan’ setelah mahligai cinta mereka dipercayai mula retak akibat orang ketiga.

Susulan itu, Sera ketika ditemubual dalam sebuah program hiburan mengakui hubungannya dengan Shuk tidak dapat diselamatkan lagi.

Menurut Sera, dirinya merasakan tidak lagi mampu memberikan kebahagian buat Shuk dan sudah membuat keputusan untuk meletakkan noktah terhadap hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Sebak! Gugurnya Air Mata Isteri… Rossa Sera Noktahkan Hubungan Bersama Shuk Sahar – “Mungkin Saya Tak Mampu Bahagiakan Dia”

Terkini, sebuah video yang memaparkan Shuk hadir ke mahkamah syariah telah mencuri perhatian netizen yang seakan ‘meluat’ melihat Shuk yang dikatakan ‘play victim’ itu.

Video slow-mo berdurasi 24 saat itu menunjukkan Shuk berurusan di mahkamah bersama seorang peguam dipercayai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama Sera, sambil berlatarbelakangkan lagu kekecewaan.

Dalam pada itu, video tersebut seperti menjelaskan bahawa Shuk turut meletakkan titik noktah dan melepaskan Sera daripada menjadi isterinya.

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa perkahwinan Shuk dan Sera.

   

   

Namun ramai juga yang mengecamnya atas kesilapan sendiri dengan bertindak ‘curang’ terhadap wanita yang sangat baik dalam kehidupannya.Umum sedia maklum, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seakan berada di ambang ‘perpisahan’ setelah mahligai cinta mereka dipercayai mula retak akibat orang ketiga.

Susulan itu, Sera ketika ditemubual dalam sebuah program hiburan mengakui hubungannya dengan Shuk tidak dapat diselamatkan lagi.

Menurut Sera, dirinya merasakan tidak lagi mampu memberikan kebahagian buat Shuk dan sudah membuat keputusan untuk meletakkan noktah terhadap hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Sebak! Gugurnya Air Mata Isteri… Rossa Sera Noktahkan Hubungan Bersama Shuk Sahar – “Mungkin Saya Tak Mampu Bahagiakan Dia”

Terkini, sebuah video yang memaparkan Shuk hadir ke mahkamah syariah telah mencuri perhatian netizen yang seakan ‘meluat’ melihat Shuk yang dikatakan ‘play victim’ itu.

Video slow-mo berdurasi 24 saat itu menunjukkan Shuk berurusan di mahkamah bersama seorang peguam dipercayai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama Sera, sambil berlatarbelakangkan lagu kekecewaan.

Dalam pada itu, video tersebut seperti menjelaskan bahawa Shuk turut meletakkan titik noktah dan melepaskan Sera daripada menjadi isterinya.

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa perkahwinan Shuk dan Sera.

   

   

Namun ramai juga yang mengecamnya atas kesilapan sendiri dengan bertindak ‘curang’ terhadap wanita yang sangat baik dalam kehidupannya.

Aqilah Paharuzi