Featured By: Atiqah Johari August 24, 2022 @ 8:22pm

[VIDEO] ‘Sound’ Orang Bodoh, Ramai Netizen Sokong Zulin Aziz! – “Bila Marah Auto Jadi Ziana Zain”

Baru-baru ini, seorang pengguna akaun TikTok @Nur_Dianahams berkongsi sedutan daripada sesi siaran langsung yang dibuat oleh selebriti serba boleh, Zulin Aziz yang dilihat sedang memarahi seseorang dengan penuh emosi.

Menerusi video tersebut, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, menyatakan bahawa untuk berlawan dengan orang bodoh diri sendiri perlu menjadi lebih bodoh untuk menang namun Zulin memilih untuk tidak membuang tenaga untuk melayan seseorang yang seperti itu.

“Nak lawan dengan orang bodoh, kita kena jadi orang lebih bodoh daripada dia sebab itu aku pilih untuk berdiam.

“Aku takkan buangkan energy aku untuk jadi pura-pura bodoh! Semata-mata untuk menang dengan orang bodoh,” luah Zulin.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan kata-kata Zulin malah ramai yang menyamakan suara selebriti tersebut dengan penyanyi terkenal Ziana Zain dalam drama Maria Mariana.

Walaubagaimanapun, punca Zulin memarahi seseorang itu tidak dapat dikenal pasti dan menjadi tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Namun begitu, ramai individu menyatakan mereka juga pernah berada dan boleh kaitkan kata-kata Zulin tersebut dengan situasi yang pernah dialami.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Paling sedap jika dimakan dengan nasi putih panas.

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

Kalau dah sampai hari bahagia, jangan lupa jemput kami yer!

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019

Now You Can Celebrate Malaysia Even After ‘Malaysia Day’ with Just RM1! Airbnb Has the Treat For You!

Still in the spirit of Malaysia Day, Airbnb invites you to four cultural activities for the most authentic Malaysian experience ever!

Trending Tue, 2 Nov 2021

Rosakkan Pintu Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu pada April, pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. Majistret S. Mageswary turut […]

Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Trending Sun, 17 Feb 2019

Resorts World Genting Spreads the Love this Valentine’s Day to 150 Hospitalised Children

What better way to celebrate this day of love than making sick children feel better?

Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

error: Content is protected !!