[VIDEO] Sweet, Bersemut! Ira Kazar Kongsi Sedang Bahagia Dengan Syamsul Yusof – “Love You Shuben”

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi perkembangan terkini bersama suaminya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memberitahu dirinya sedang bahagia bersama Syamsul dan mengucapkan kata sayang kepadanya.

“We are happy with our own lives. Love you shuben,” ujarnya di kapsyen.

Di dalam video tersebut, dia merakam suaminya yang sedang berjalan di hadapannya sambil menari menggunakan lagu oleh Tyga yang berjudul 1 of 1.

Dipercayai, Ira berkongsi hantaran tersebut selepas sekali lagi menjadi perhatian selepas berita Puteri Sarah mendedahkan bahawa bekas kakak ipar kepada Ira iaitu Wiwie Arvienda Mazweena masih menjaja cerita tentangnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Terdahulu, Ira pernah memuat naik foto bersama Syamsul namun dipadam selepas seminit kerana dikatakan ‘diserang’ netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar Ada Post Gambar Dengan Syamsul Tapi Lepas Seminit ‘Lesap’?

Maya Basir