[VIDEO] Sweet! Cat Farish Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kekasih, Shikin Maembong Luah Rasa Terharu – “Terima Kasih Ajar Erti Cinta Sejati…”

Penyanyi, Cat Farish menzahirkan ucapan manis buat kekasih hatinya, Shikin Maembong bersempena hari lahir yang ke 40 tahun.

Menerusi hantaran di Instagram, Cat atau nama sebenanrya Farish Ramli berkongsi sebuah video memaparkan momen-momen ketika mereka bersama.

Di ruangan kapsyen, Cat menitipkan doa yang ringkas buat bakal isterinya itu agar segala urusan mereka untuk disatukan akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

“Hari ini hari lahir untuk insan yang menyokong dan membantu perjalanan hidup saya abang Cat kucar kacir.

“Hadiah istimewa untuk hari lahirnya bukanlah hebat untuk mata-mata memandang. Hari lahir, Shikin Maembong disertakan doa khas buat you dan semua yang membacanya, aminkan doa kami…

“Ya Allah, berikanlah kepadaku isteri terbaik dari sisiMu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti. Ibu kepada anak-anakku dan aku menjadi bapa kepada anaknya, Amin.

“Insya-Allah, doakan kami. Selamat hari lahir kekasihku,” katanya serta menyelit liriik lagu Seperti Mereka milik kumpulannya, Ruffedge.

Menjengah ke ruangan komen, kekasihnya iaitu kakak kepada pelakon terkenal Emma Maembong turut meninggalkan komen.

Shikin mengucapkan terima kasih kepada Cat kerana menerima dirinya seadanya meskipun banyak kekurangan.

“Aww, you make me cry. Thank you terima i seadanya and make me feel so special even i banyak kekurangan. Thank you for all the memories that you have brought to my life and Arianna.

“But more than that, thank you for teaching me the meaning of true love. Doakan cinta kita hingga Jannah. Amin Ya Rabbalallamin. My Cinta Hati,” akhirnya.

Aqilah Paharuzi