Featured By: Salma Syahbuddin February 3, 2023 @ 6:05pm

[VIDEO] Sweetnya! Lepas Main Hujan Bersama, Da’i Syed & Isteri Kongsi Video Mandi Pantai, Netizen Iri Hati Label Pasangan ‘Terpaling Kahwin’

Sering kali mencuri perhatian warganet gara-gara kerap berkongsi momen manis bersama di media sosial, pasangan suami isteri yang juga pendakwah bebas dan pengacara, Da’i Syed dan Hana Ismail tampil dengan perkongsian terbaru mereka di TikTok.

Kali ini, Da’i Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilihat memuat naik video pendek memperlihatkan dirinya menyakat isteri tercinta untuk sama-sama mandi pantai sekaligus mencetuskan rasa iri hati dalam kalangan netizen.

Bahkan, terdapat segelintir daripada netizen yang melabel Da’i Syed dan Hana sebagai pasangan yang ‘terpaling kahwin’.

 

Video berdurasi 14 saat itu turut menggunakan lagu latar ‘Aiya Cik Siti’ yang dipetik dari drama popular tahun 1961, Ali Baba Bujang Lapok.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan sejak ia di muat naik.

@daisyed_Sapa suruh bagi ana mandi sorang-sorang♬ suara asli – Deny

 

Sebelum ini, pasangan berkenaan menjadi tumpuan selepas berkongsi momen mandi hujan bersama menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram Da’i Syed.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

TV3影片登「2018 YouTube Malaysia热门视频」冠军宝座!

如同往常,随着今年渐渐地进入尾声,现在是时候回顾定义了今年YouTube流行趋势的热门歌曲,爆红视频以及极具创意的创作者了!

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Berbau Wangi

mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman ada khasiat dan kebaikannya tersendiri

Featured Mon, 14 Mar 2022
Events Mon, 16 Dec 2019

周金亮阿牛阔别多年再合作!鼠年春节嘉年华118引爆

配合2020年马中文化旅游年,两国将于1月18日,在吉隆坡独立广场联手主办《2020马来西亚欢乐春节嘉年华》迎接鼠年的到来。

Events Mon, 11 Apr 2022
Trending Thu, 1 Mar 2018

神乎其技!日本15岁绘师用颜色笔画出「真」钻石

最近,一组超逼真的「宝石画」在日本推特上流传。画上的宝石不仅很有光泽,还立体度十足。大家纷纷猜测画画的是谁,真相公布后,所有人都大吃一惊,原来那名神秘绘师是一名年仅15岁的少年。

| Live TV