Featured By: Aqilah Paharuzi December 16, 2022 @ 12:06pm

[VIDEO] Syafinaz Kongsi Penyanyi Tanah Air Ada Kualiti Natural Dalam Vokal

Penyanyi, pensyarah dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi nama beberapa penyanyi yang mempunyai kualiti dan bakat semula jadi dalam vokal.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Syafinaz menjawab persoalan dalam sebuah temubual bersama radio Zayan pada pagi semalam. 

“Artis Malaysia antara yang sedap, natural talent la orang kata seperti Bob, Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah. 

“Ini suara-suara yang bila dengar mereka menyanyi maknanya mereka tak fikir, suara tu macam keluar saja mengalir begitu. 

“Setengah orang mereka bertuah kerana diberi kelebihan seperti ini. Ramai yang perlu belajar untuk perbaiki untuk cantikkan vokal mereka,” kataya. 

Di kesempatan itu, Syafinaz turut berkongsi antara selebriti yang mempunyai intonasi jelas, namun tidak menafikan ramai juga penyanyi di Malaysia sangat bagus.

“Tapi ramai juga artis-artis yang ada intonasi bagus, bila nyanyi tu steady. Antaranya, Jaclyn Victor, jarang nyanyi sumbang. Ernie Zakri, steady pitchnya. 

“Yang saya tak sebut itu bukan bermakna mereka tak bagus. Tapi ini yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Tak dinafikan ramai penyanyi di Malaysia ini mempunyai suara yang bagus,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila Syafinaz menyebut nama penyanyi kegemaran mereka dan bersetuju dengan pendapat profesionalnya itu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 200,000 tontonan, 9,000 suka dan lebih 1000 komen. 

Artikel Berkaitan: Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Artikel Berkaitan: “Kadang-Kadang Orang Lupa… Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Sumber/kredit: Zayan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 May 2018

Tak Mampu Beli Tiket, Peminat Ed Sheeran Patah Kedua Belah Kaki

Gara-gara ingin menonton persembahan Ed Sheeran dengan lebih dekat, sanggup memanjat bumbung …

Contest Tue, 6 Aug 2019

MyeongDong Topokki Challenges Your Taste Buds with Pedasss Chick-Yun Challenge!

Do you think you have what it takes to take on the ultra spicy chicken ramyun exclusively from MyeongDong Topokki?

LIFESTYLE Fri, 16 Mar 2018

Kenapa 3 Syarikat Ini Mendapat Permintaan Kerja Paling Tinggi Tahun 2018

Kepada fresh graduate atau entry level diluar sana yang mengimpikan pekerjaan menarik  dengan gaji yang lumayan serta persekitaran kerja yang upbeat dan dinamik

Events Thu, 24 Jan 2019

Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Hangatkan AJL33 dengan konsert Prelude Sabtu ini!

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Siapa Penyanyi Terkenal Yang Baru Ada Akaun Instagram?

Baru dibuka enam hari, penyanyi berusia 48 tahun itu sudah memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram.

| Live TV