[VIDEO] Tahniah… Wany Hasrita Akhirnya Mengaku Sedang Hamil

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya mengaku sedang berbadan dua ketika mengendalikan sebuah rancangan Ramadan, baru-baru ini.

@radiotelevisyenmalaysia Akhirnya Wany mengaku jua 😊patutlah makan untuk dua orang #BorakDuluBaruBuka #SembangDepan #RTMKlik #InspirasiRamadan ♬ original sound – RTM Malaysia Official

Menerusi rancangan tersebut, Wany diusik oleh dua pengacara lain iaitu Amin Idris dan Khir Rahman tentang dirinya yang kelihatan berisi.

“Abang, berisi-berisi tak boleh. Saya makan untuk dua orang,” katanya membalas usikan Amin Idris.

Kedua-dua pengacara tersebut juga terkejut dan gembira kerana akhirnya Wany mengaku mengenai keadaan dirinya.

Sebelum ini, muncul desas desus yang mengatakan bahawa Wany sedang berbadan dua tetapi penyanyi lagu Canggung ini memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

Netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan gembira dengan pengakuan Wany tersebut.

“Tahniah Wany!” tulis peminatnya.

Izzi Farhana