[VIDEO] “Tak Ada Makna Berjaya Kalau Menitikkan Air Mata Ibu, Dalam Masa 24 Jam Semua Hilang!” – Datuk Hattan

Penyanyi, Datuk Hattan berkongsi sebuah pesanan yang amat menusuk kalbu lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan seorang ibu.

Menerusi video di Instagram miliknya, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah ini memberi pandangannya secara terbuka tanpa memetik mana-mana pihak.

Dalam video berdurasi 1 minit itu, Hattan berkata sekiranya si anak telah menjatuhkan air mata ibu, maka dengan itu segala kemewahan yang dimilikinya langsung tidak bermakna.

“Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita.

“Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.

“Kalau jatuh kebawah, sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua kemewahan kita boleh hilang dalam sekelip mata.

“Banyak kali dah terbukti benda macam ni. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat tu,” pesannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya bersetuju dengan pendapat peribadinya itu.

Aqilah Paharuzi