Featured By: Aqilah Paharuzi August 24, 2022 @ 3:01pm

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Peserta program realiti Fit For Action, Danish Hakim menegaskan tidak mahu dibayangi oleh nama bapa, pelakon Norman Hakim saat mula menjejakkan kaki ke dalam industri seni.

Mengulas lebih lanjut, Danish tidak menafikan dirinya dilabel sebagai ‘Anak Norman Hakim’, namun jelasnya, dia sedang berusaha untuk mengubah persepsi orang ramai dengan menguatkan nama pentasnya agar dikenali sebagai ‘Danish Hakim’.

“Bila digelar sebagai ‘Anak Norman Hakim’ ni, saya bangga sebab saya tahu saya adalah anak kepada orang handal dalam bidang industri, tapi saya pun ada nama.

“Saya dinasihatkan oleh beberapa orang dalam industri untuk kuatkan nama Danish Hakim. Saya tak adalah tak selesa bila dikenali sebagai anak Norman Hakim, bukan nak ketepikan, kalau boleh saya nak kurangkan sikit,” katanya.

Danish yang merupakan anak sulung hasil perkahwinan Norman dan Abby Abadi berkata, dia amat cenderung untuk menjadi seorang pelakon aksi serta meneruskan legasi keluarga.

“Saya percaya di sini adalah platform di mana saya boleh express diri saya sendiri sama ada bright side atau dark side. Saya main martial arts dan terlibat dengan sukan-sukan yang extreme serta berisiko tinggi, jadi saya nak guna ilmu-ilmu tu dalam bidang ni,” ujarnya.

Danish, 19, turut berkongsi pendapat pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang menganggapnya tidak sesuai untuk berkecimpung dalam industri seni atas keperibadian dan ilmu agama.

“Sedikit kisah yang saya boleh kongsi, Abang Syamsul merupakan salah seorang insan yang seni yang pernah halang saya daripada masuk industri seni. Katanya saya tak sesuai jadi artis, lebih sesuai jadi ustaz.

“Mungkin disebabkan muka saya yang nampak macam ‘budak baik’,” katanya yang ditemui di majlis sidang media Fit For Action pada Isnin.

 

Dikenali sebagai remaja yang belajar dalam bidang agama, Danish yang kini sedang sambung pengajian di Arabic Language Center menetapkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Masa sign contract, saya dah jelaskan kepada pihak produksi bahawa saya tak boleh buat babak-babak bersentuhan. Orang tahu latar belakang saya sebagai pelajar agama, jadi saya perlu menjaganya.

“Tapi, andai kata saya perlu juga berlakon babak bersentuhan, saya akan minta bantuan kru atau pengarah untuk mengajar saya teknik kamera dan sebagainya. Selain itu, saya juga jelaskan kepada mereka bahawa saya perlu terus menunaikan solat apabila masuk waktu,” katanya.

Program pencarian bakat baharu dalam lakonan, Fit For Action yang dihostkan oleh Fahrin Ahmad dan Hunny Madu akan mula bersiaran pada 3 September, setiap Sabtu, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 3 Jan 2019

Craving for a Delicious Big Slab of Gorgeously Grilled Steak? Go to DoubleTree JB!

It’s a beautiful marbled meat grilled to perfection.

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Sat, 9 Apr 2022

“Kami Dikecam ‘Berkiblatkan’ BTS, Perosak Industri”- Da Unknown Akui Terasa, Tapi….

Baby sayang… Jangan marah… Ku tahu ku bersalah, ku tak sengaja…

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020

Tradisi Mantai Diteruskan, Ikut Prosedur PKP

InshaaAllah semuanya jadi mudah bila ikut prosedur PKP.

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!