Featured By: Aqilah Paharuzi January 19, 2023 @ 5:30pm

[VIDEO] “Tak Kisah Menantu Tak Pandai Masak, Bangun Lambat.. Asalkan Perlu Berpendidikan & Jadi Usahawan…” – Bonda Rozita Ibrahim

Baru-baru ini, ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim tampil berkongsi pengalaman peribadi menjadi seorang mentua.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok Le Rawda, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda itu berkata, dia tidak kisah sekiranya menantu tidak pandai memasak dan mengemas rumah.

“Kedua-dua menantu saya tak pandai masak dan berkemas sebenarnya. Saya tak pernah marah menantu saya lambat bangun tidur dan tak pandai berkemas. Yang hias rumah tu sebenarnya Syukri.

“Dulu mak saya mesti kena ada menantu pandai masak, cari kutu dan pandai kemas rumah. Zaman sekarang dah berubah.

“Saya tak kisah menantu saya tak pandai masak.. Slogan saya dengan anak perempuan saya, ‘kita jadi perempuan ni, lelaki sayang ataupun tidak sayang, lelaki ada atau tak ada, cerai hidup atau cerai mati.. kita kena pendirian teguh dan mampu berdiri sendiri.. jadi jangan bergantung kepada lelaki’,”kongsinya.

Sementara itu, Bonda Rozita turut mendedahkan menantunya perlulah berkecimpung dalam industri keusahawanan dan mempunyai banyak ilmu.

“Bila masuk kepada keluarga saya, menantu saya kena pandai kerja, berpendidikan dan banyak ilmu dan kena jadi usahawan. Kalau menantu saya balik, saya masak untuk menantu-menantu saya,” katanya lagi.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Bonda kerana menjadi seorang ibu mentua yang sangat baik.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang dapat mengaitkan sikap Bonda Rozita seperti ibu mentua mereka yang memberi layanan baik.


Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat peribadinya itu kerana tidak semua ibu mentua mempunyai sikap yang baik.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut video tersebut telah meraih sebanyak 200,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Mar 2021
Featured Thu, 1 Sep 2022
Trending Wed, 3 Jun 2020

Pasar Malam Pertama Mula Beroperasi Jumaat Ini

Jangan lupa baca dulu lokasinya di mana..

Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Netizen pun…jangan lah cepat nak hukum orang.

Featured Tue, 30 Aug 2022

Gayakan Pakaian Nampak Paha Di KLFW, Elvina Mohon Maaf

Elvina tampil mohon maaf jika pakaiannya menjolok mata dan timbul rasa kurang selesa peminat.

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Lepas Bobo Di Mana, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid Pula?

Shahida turut memberitahu suaminya memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, beliau usahakanlah dia jadi artis nasyid. Korang sokong dan setuju tak?

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal

“Tulang Rusuk Kiri Patah” – Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal

| Live TV