[VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam membuat laporan polis selepas menerima pelbagai ugutan bunuh gara-gara membuat siaran langsung bersama Ira Kazar, kelmarin.

Menerusi video di platform TikTok, Nilam tampil menjelaskan situasi sebenar tentang tujuan sebenar isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof itu datang ke rumahnya malam tersebut.

Jelas Nilam, Ira sebagai adik angkat kepada suaminya datang ke rumah untuk belajar memasak masakan Thailand, dan bukan menceritakan mengenai masalah rumah tangganya seperti didakwa ramai.

“Terlalu banyak cerita yang tidak benar tengah berlegar sekarang ni jadi aku nak jelaskan semua. Pertama isu Ira Kazar datang ke rumah aku. Dia datang pukul 9 malam atas sebab nak belajar masakan Thailand dengan aku.

“Selesai habis masak dia banyak bercakap dengan Abang Lan berkaitan isu semasa. Bukan mengenai isu dia dengan suami dia, atau bekas madu dia. Tak.

“Dalam masa yang sama aku tengah buat live kat TikTok, aku memang tak masuk campur dia (Ira) borak dengan Abang Lan. Bila orang tahu dia ada di sebelah saya, netizen minta nak cakap ‘Hi’ dengan dia.

“Dia masuk dalam live tak sampai berapa saat terus ramai yang serang dia, aku sendiri terkejut. Sampai aku tertanya macam mana dia boleh hidup dalam situasi ramai benci dia,” katanya.

@puan_nurnilamortiz_

penat laa asyik kene viral Ni, viral lagi,lagi dan lagi,aku yang kene viral Ni pun penat tengok diri sendiri kene viral,harap boleh di beri penjelasan kepada manusia yang suka ambik videos sekerat kerat hanya untuk views,gud luck guys #nurnilamortiz #nilambebel #AkN💞 #AMK💞 #NN💞 #irakazar

♬ original sound – Puan Nilam – Puan Nilam

Sementara itu, Nilam juga menafikan dirinya berpihak kepada Ira Kazar kerana menjadi penyondol rumah tangga antara Syamsul dan bekas madunya, aktres Puteri Sarah Liyana.

Tambah Nilam, kifarah yang dihadapi Ira itu bermaksud hentaman yang diterimnya gara-gara ‘menyondol’ suami orang.

“Korang dalam live aku record sekerat-sekerat sampaikan boleh fitnah aku macam-macam kata aku sokong dia. Aku menyantuni dia sebagai tuan rumah, dia adik angkat Abang Lan.

“Ira tahu aku tak suka dengan perangai dia, langsung dia tak pernah cerita tentang kehidupan dia.

“Malam tu total views aku 79 ribu, yang stay dalam live aku rasanya dalam 7,000. Semua tahu aku tak backup dia. Aku hentam dia depan-depan. Aku cakap ‘inilah kifarah kau, kau buat keputusan yang salah.. kenapa laki orang kau nak?’

“Ini bukan kali pertama aku hentam dia. Ira tahu aku tak suka dengan kesalahan dia menyondol orang. Aku cakap depan-depan, tak ada nak cover belakang.

“Dia tak pernah kurang ajar dengan aku sebab dia menghormati aku sebagai isteri Azlan Komeng. Tapi teruk aku kena fitnah sampai ada yang hantar ugutan bunuh, langgar lori dan ugutan simbah asid ke atas aku.

“Suami aku risau atas keselamatan aku, jadi kita buat keputusan untuk buat laporan polis,” katanya.

Sebelum ini, nama Ira hangat menjadi perbualan selepas Nilam mengatakan isteri Syamsul itu telah menerima kifarah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Buang Sikit Busuk Hati Tu Dik” – Kesian Akan Ira Kazar, Individu Minta Puteri Sarah Jauhkan Diri Dengan Mentua

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Aqilah Paharuzi