Featured By: Maya Basir December 19, 2022 @ 5:25pm

Video Tuju Pada Diri Sendiri Disalah Erti, Sherry Alhadad Mohon Maaf

Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terguris hati tentang kenyataannya menolak pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas untuk kurus.

Memetik laporan Melodi, Sherry tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa dan tujuan merakam video berkenaan sekadar menjawab soalan orang ramai di TikTok dan Instagram.

“Ramai yang tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan. Effort saya ialah dengan ambil produk itu dan dalam masa sama pergi ke gimnasium atau buat senaman ringan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu orang ramai membuat andaian bahawa berat badannya turun gara-gara pembedahan bariatrik.

“Jadi, video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya turunkan berat sebab kombinasi mengambil produk dan juga senaman.

“Saya tujukan video itu pada diri sendiri bagi menjawab persoalan yang orang lain tanya. Itu saja. Tidaklah saya nak cuba kritik orang yang buat pembedahan itu. Tiada langsung niat saya nak buat begitu.

“Apapun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan saya jika ada mana-mana pihak yang terasa,” katanya.

@melodiberapi Baru-baru ini penyanyi lagenda Datuk Aishah telah memuat naik satu video menegur tindakan pengacara popular Sherry AlHadad apabila menyifatkan individu yang menjalani pembedahan bariatrik adalah untuk kurus sebagai jalan pintas untuk kelihatan cantik… jomm dengarkan penjelasan Sherry!! #meloditv3 #bariatricsurgery #datukaishah #sherryalhadad #tv3 #fypシ #worldcup2022 #worldcup2022qatar🇶🇦🏆🇶🇦🏆 #fypシ゚viral #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Melodi

Sherry turut mengakui penggunaan ayatnya dalam video tersebut tidak sesuai sehingga mengguris hati sesetengah pihak.

“Kekhilafan saya sendiri yang tidak melihat dan menggunakan perkataan yang betul ketika buat kenyataan di dalam video itu.

“Namun, saya tak pernah naik status atau beri pandangan terhadap sesiapa yang buat pembedahan bariatik.

“Kalau ada orang tanya, sebenarnya saya akan jawab terpulang kepada individu. Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing.

“Saya juga akan jawab tak buat pembedahan itu (bariatrik), tapi terpulanglah kepada mereka untuk pilih kaedah atau cara sendiri bagi menurunkan berat badan,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Datuk Aishah tampil memberi penjelasan tentang pembedahan bariatrik dan mengaku terasa hati dengan kenyataan Sherry.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

Semoga cepat sembuh Sufian Suhaimi, ada rezeki kita boleh lihat Ada Di Matamu menang besar malam itu nanti. Siapa tahu kan?

Featured Fri, 2 Dec 2022
Trending Fri, 20 Nov 2020

Tunai Impian Sebelum Bernikah, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Rumah

Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

PANAS! NAFI HALANG SUAMI JUMPA ANAK – DIANA DANIELLE

Diana Danielle tampil memberikan penerangan bahawa dia tidak pernah menghalang atau melarang sama sekali suaminya itu berjumpa dengan anak-anak nya.

Featured Fri, 29 May 2020
OMG Sat, 21 Apr 2018

Imam Dari Palestin Maut Ditembak

Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Al- Fatihah buat mangsa…

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪