Events By: Atiqah Johari June 15, 2022 @ 9:06pm

[VIDEO] Tular Menangis Di Stadium, Safiq Rahim Hadiahkan Sepasang Boot Kepada Remaja Lelaki Sebagai Tanda…

Tular sebuah video sebelum ini yang memaparkan seorang remaja lelaki menangis apabila skuad Harimau Malaya tewas ditangan Bahrain pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada dua hari lepas.

Semalam, skuad Harimau Malaya telah bangkit dan berjaya menumpaskan pasukan Bangladesh 4 – 1 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023. Kemenangan semalam juga merupakan kemenangan bersejarah dengan menamatkan penantian selama 43 tahun untuk skuad kebangsaan layak secara merit ke Piala Asia 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ini Baru Betul Passion, Berjiwa Malaysia!” – Aktif Ikut Bapa Untuk Tifo Ultras Malaya, Remaja Ini Menangis Bahrain Tendang Malaysia 2 – 1

Namun, apa yang menarik perhatian, seorang pengguna di TikTok membuat perkongsian sebuah video yang menunjukkan Safiq Rahim telah menghadiahkan remaja lelaki tersebut sepasang boot sebagai tanda penghargaan.

Menerusi video tersebut, kelihatan Safiq Rahim telah melemparkan boot miliknya kepada remaja lelaki tersebut yang berada di pentas mini pada bahagian paling hadapan selepas tamat perlawanan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dan sebak melihat tindakan Safiq Rahim itu. Malah, ramai yang memuji semangat remaja tersebut dengan menyertai Ultras Malaya.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 200,000 tanda suka di aplikasi TikTok.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

‘Kalau Kurang ‘Pakej’, Jangan Sentap’- Ucapan Azhan Rani Di Pentas DFKL 2019 Tarik Perhatian Ramai

Moga kata-kata ini jadi peringatan buat diri aku sendiri. Umur pun makin tua kot-kot aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku.

Featured Wed, 2 May 2018

Pilih Warna Blusher Yang Sesuai Tona Kulit Anda, Jangan Nampak Macam Badut Pula!

Anda kena pilih betul-betul, jangan main pakai saja!

Featured Mon, 16 Jul 2018

Tragedi Telur Kari, Isteri Mati Ditembak Suami

Gara-gara enggan memasak kari telur seperti yang diminta oleh suami, seorang wanita mati ditembak.

Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Featured Fri, 1 Apr 2022

Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

Syed Saddiq menegaskan akan tetap berpegang teguh kepada pendiriannya..

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Tak Mahu Penonton ‘Muak’, Mira Filzah Nekad Berehat

Walaupun ramai suka, saya tak mahu penonton bosan…

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023