Hiburan By: Maya Basir August 22, 2022 @ 10:56am

[VIDEO] Tunggu Giliran Peraga Baju KLFW, Aznil Nawawi Rakam Detik Cemas Letupan di Pavilion!

Pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil membuat penampilan memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing Company di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) sebagai wajah ilham atau ‘muse’, semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Paknil berkongsi kejadian cemas ketika dia sedang menunggu giliran untuk memperagakan pakaian di pentas KLFW apabila berlaku satu letupan dalam bangunan pusat membeli belah Pavilion.

@datukaznilnawawi Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Pada mulanya, terdapat bau asap dan letupan berlaku di belakang pentas KLFW didakwa berpunca oleh skrin LED yang terlalu panas.

Kemudian, api tersebut dipadamkan oleh polis bantuan dan kelihatan orang ramai bergegas keluar dari premis berhampiran kejadian letupan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar tidak menggunakan jenis pemadam api serbuk untuk kebakaran elektrik kerana boleh merosakkan peralatan itu.

Selain itu, netizen juga memuji cara laporan Paknil dan mendoakan keselamatannya dan semua yang berada di kawasan berkenaan.

Namun, selepas letupan berjaya dipadamkan, acara tersebut diteruskan seperti biasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 1 May 2022
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Patutlah Diam, Rupanya Elizabeth Tan…

Lama tak dengar khabar Lizzy kan?

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Fri, 15 May 2020

[TERKINI] Selangor Masih Kekal Larangan Solat Berjemaah Di Masjid & Surau

Harap bersabar semua, ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku..

Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Thu, 2 May 2019

Hadiah Untuk Peminat Ramadan Ini, Siti Nurhaliza Rakam Lagu Kerohaniaan

Apa yang boleh saya beritahu saya bakal berduet dengan penyanyi lelaki dan juga seorang penyanyi wanita,

error: Content is protected !!