[VIDEO] Tunjuk Keputusan Baby Scan, Dai Syed & Hana Ismail Beri Bayangan Bakal Timang Cahaya Mata?

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail sering menjadi tumpuan warganet sejak mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Terbaharu, pasangan sama cantik sama padan ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan kemesraan mereka.

Menerusi video tersebut, Syed dan Hana kelihatan bahagia bersama apabila saling usik mengusik dengan mengenakan pakaian sedondon serba putih.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah di penghujung video tersebut memaparkan Syed memegang sekeping kertas dipercayai imbasan bayi sekali gus menjadi tanda tanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian video tersebut.

Lebih manis, ramai juga yang meneka bahawa personaliti TV itu sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Syed dan Hana sah bergelar suami isteri pada 3 Disember lalu.

Khairil Khusyairi