[VIDEO] Ubah Lirik ‘Kamelia’ Jadi ‘Khalid Jiwa’, Nyanyian Sweet Siti Nurhaliza Buat Ramai Tak Keruan! – “Kita Pulak Senyum-Senyum”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan ramai apabila persembahan nyanyiannya di sebuah acara tular di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, Siti menyanyikan sebuah lagu berjudul Kamelia nyanyian asal daripada kumpulan Sweet Charity.

Siti dilihat menukar lirik lagu asal pada bahagian korus dengan menggantikan nama Kamelia kepada Khalid Jiwa iaitu suaminya.

“Inginku berlari mengejar seribu bayangmu ‘Khalid Jiwa’,” nyanyi Siti untuk Datuk K.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka dengan tindakan Siti yang menukar lirik tersebut.

Tambah, ramai yang memuji kemesraan yang ditonjolkan oleh Siti ketika sedang melakukan persembahan di khalayak ramai.

Malah, ada yang mengusik Siti dengan menyatakan dia semakin kelakar sejak menjadi artis jemputan dalam sebuah program lawak di stesen televisyen.

Atiqah Johari