Hiburan By: Izzi Farhana May 11, 2023 @ 3:05pm

[VIDEO] Yuna Dedah Pernah Terlepas DM Billie Eilish, Peminat Mohon Kolaborasi

Penyanyi terkenal yang melakar nama di Amerika Syarikat, Yuna mendedahkan bintang popular antarabangsa, Biilie Eilish pernah memberi hantaran mesej di akaun Twitter miliknya.

Yuna mendedahkan perkara terbabit menerusi temubual dengan segmen The Jokers in The Morning di stesen radio Fly FM.

@flyfm Still can’t brain that Billie Eilish was @yunamusic ♬ original sound – Fly FM Malaysia

“Rasanya pada 2016 saya membuat persembahan di Camp Flog Gnaw Festival tetapi saya tidak memeriksa DM Twitter saya pada ketika itu. Pada ketika itu juga saya baru sahaja follow Billie dan dia juga masih baru dalam industri.

“Saya mendengar lagunya pada ketika itu iaitu Ocean Eyes dan saya menyukainya. Tetapi dua tahun kemudian saya perika kembali DM saya dan saya terjumpa mesejnya yang berbunyi, ‘I’m a huge fan. I’m a 14 year old singer. I listen to Lullabies. Can I see you backstage?’ and I missed it bro,” kata Yuna dalam nada kesal.

Tetapi menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai, dia telah berjumpa kembali dengan Billie dan mereka membikin sebuah lagu bersama tetapi tidak dikeluarkan di mana-mana platform.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat juga turut kesal dengan perkara tersebut dan mengharapkan agar Yuna akan berkolaborasi bersama Billie.

“Too late Yuna, too late.

“Yuna and Billie collab?

“A collaboration between Yuna and Billie. I think we all need it,” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Jan 2022
Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

CANTIKNYA ANAK GADIS AZMIL MUSTAPHA

Sebagai seorang ayah dia tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka lebih ke arah bidang seni

Hiburan Wed, 24 May 2023