Hiburan By: Attiqah Mohd February 10, 2020 @ 4:37pm

[Viral] Dato Siti Nurhaliza Buat Kejutan Di Pentas AJL 34 Sampai Satu Stadium Terpaku

Kemunculan Dato Siti Nurhaliza di pentas AJL 34 berjaya membuatkan seluruh penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil terpegun.

Kali terakhir penyanyi nombor satu negara itu bertanding di pentas AJL adalah pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Setelah 13 tahun tidak muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 34 sebagai finalis, Dato Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan di saat akhir dan berduet bersama Bob Yusof. Sekaligus, menghangangatkan seluruh stadium semalam.

Meskipun berdepan dengan masalah teknikal, namun kehebatan suara Dato Siti Nurhaliza tidak dapat disangkara apabila seluruh bergema dan teruja tatkala Dato Siti Nurhaliza sekali lagi menonjolkan kelunakan suara dan vokal luar biasanya saat korus lagu. w

Menerusi lagu Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Dato Siti Nurhaliza dan Bob Yusoff tampil menyerlah dengan pakaian yang direka oleh Rizman Ruzaini. 

Dalam kehangatan itu, Anta Permana berjaya merangkul tempat ketiga buat Anugerah Juara Lagu ke 34.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Sophia Fredskild Mahu Tulis Lagu Untuk Penyanyi Lain

Selepas Menanti Cinta, Sophia bakal keluar dengan single seterusnya pada 29 Mac berjudul Cinta Selamanya.

Featured Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Diana Danielle Ajar Anak-Anak ‘Hormat’ Alam

Sebuah contoh yang wajar diikuti, jangan buang sampah merata-rata okay!

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Fri, 21 Jul 2023