Hiburan By: Syafiqa Irdina March 9, 2020 @ 2:54pm

[Viral] “Kami Cuma Nak Pertahan Maruah Agama” – Video Lirik Lagu Kena Padam Youtube, Bunkface Nafi Dakwaan Hina LGBT

Gara-gara kontroversi yang melibatkan muzik video Bunkface berjudul Akhir Zaman yang tular akibat didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), muzik video lirik lagu tersebut telah pun dikeluarkan daripada Youtube kelmarin.

Namun begitu, kumpulan Bunkface tetap yakin lagu baru mereka yang berjudul Akhir Zaman itu telah pun dimuat naik ramai peminat dan ditonton kira-kira 700,000 pelayar dan menerima lebih 9,000 komen sebelum dipadam.

Tujuan Asal Cipta Lagu Untuk Pertahan Agama Islam

Menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di laman Instagram rasmi Bunkface, tujuan asal lagu tersebut dicipta adalah untuk mempertahankan agama Islam sendiri. Jelas Sam Bunkface, mereka berterima kasih kepada segala kritikan positif mahupun negatif yang diberikan pendengar terhadap lagu Akhir Zaman.

“Terus-terang, perkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah dituju kepada individu, tetapi menjurus untuk pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutama kepada mereka yang beragama Islam di negara ini,” katanya.

Sam berkata, ia juga mengikut sebaris ayat yang diterjemah daripada Al-Quran bermaksud ‘Engkau agamamu, aku agamaku’ iaitu berdasarkan surah Al-Kafirun, ayat 6.

“Menerusi terjemahan ayat itu juga sudah menjelaskan bahawa mesej yang cuba dimuatkan dalam lagu Akhir Zaman ini ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

“Apatah lagi, lirik lagu ini turut dihasilkan dalam Bahasa Malaysia kerana majoriti Muslim di negara ini adalah bangsa Melayu dan supaya ia lebih jelas, nyata dan terang untuk mereka fahami,” katanya.

 

 

Tak Berniat Mahu Benci Mana-Mana Pihak

Sehubungan itu, Sam berkata, sekali lagi Bunkface menekankan yang mereka tidak berniat atau mahu membenci mana-mana individu, mahupun mempromosikan kebencian terhadap LGBT.

“Apa yang kami tentang adalah pergerakan LGBT yang giat mempromosikan ‘hak’ secara terang-terangan di negara ini terutama mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.

“Yang haram itu tetap haram dan definisi Islam sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang sudah ditetapkan-Nya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah,” katanya.

 

Walaupun lirik video lagu tersebut sudah tidak ada di YouTube, karya istimewa itu masih boleh didengar  di platform muzik digital seperti Spotify, Joox dan juga Deezer.

Sumber foto: Instagram Bunkface

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 May 2019

#setulusikhlas: Makcik Cleaner Buat Hari Fikry Ibrahim Lebih Semangat?

Senyum kan percuma…korang dah senyum ke harini?

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Sebelum memeluk Islam, Adam Corrie mengaku dirinya…

Cahaya Mata Mon, 30 Oct 2023

Akui Tak Cukup Masa Jaga Si Kecil, Neelofa Terpaksa Upah Jururawat Waktu Malam

Begitulah kalau dah jadi ibu kan, sampai tak menang tangan!

Selebriti Sat, 17 Feb 2018

JODOH TAK PANJANG, SUFIAN-ELFIRA PUTUS TUNANG

Terjawab sudah persoalan ‘panas’ sepanjang minggu lalu mengenai spekulasi status hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang dikatakan berantakan.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 22 Jul 2022
Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Alhamdulillah, congrats Nad Zainal & Ungku Ismail

Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…