Hiburan By: SGMS Faida May 10, 2018 @ 5:23pm

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Pernah merakamkan lagu raya bertajuk Kasih Lebaran, penyanyi Sufian Suhaimi mengaku lagu ini kurang mendapat sambutan.

Namun penyanyi berusia 26 tahun ini enggan terus mengalah dan bakal mempromosikannya menjelang Ramadhan ini!

“ Insya-Allah, memang ada perancangan untuk melakukan promosi untuk lagu itu pada tahun ini.

“ Memandangkan bulan ramadan pun sudah hampir tiba. Rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan,” ujarnya.

Tambahnya, lagu itu dilancarkan pada Jun tahun lalu dan faktor kesuntukan masa menyebabkan lagu itu kurang dikenali.

Lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen sehingga kini hanya mendapat lebih 144,000 tontonan.

Dalam pada itu, Sufian meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu Di Matamu sudah mencecah lebih 21 juta tontonan di Youtube dalam masa hampir dua bulan.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan lagu itu bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Tidak ada istilah saya membeli tontonan sebab lagu Di Matamu semua orang tahu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…

Featured Thu, 21 Jul 2022

Isu Mesra Wuduk & Warna Tersepit Pintu? Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Serbuk Asli Dah Ditapis Sebanyak 9 Kali..”

Ramai yang kata warna Inai Neelofa ni macam tersepit pintu, ada juga yang bancuh tapi tak jadi. Apapun spekulasi, ni tuan badan dah tampil bersuara. Moga semua jelas

Featured Thu, 17 Aug 2023
Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Fara Fauzana Tetap Bersemangat Mahu Ke Syria

Fara telah berlepas bersama tiga lagi sukarelawan dalam menjayakan misi ini sebelum kembali pulang ke tanah air sebelum 9 Jun nanti