Pempengaruh Nur khalaf tampil meraih perhatian warganet selepas wajahnya dikatakan persis usahawan Nur Sajat dan suaranya sama seperti pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menerusi perkongsian di TikTok, Khalaf telah memuat naik videonya yang sedang mengajuk cara percakapan Aznil yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil.
“Ramai gila recently yang cakap suara I macam Pak Nil. So I nak try lah. Tak tahu kenapa orang cakap sama. Tapi I rasa tak sama.
“Tapi kalau boleh I nak ada identiti sendirilah. Kalau I cakap, orang akan macam okay he is Khalaf,” katanya.
@nurkhalaf Replying to @𝓜𝓲𝓷𝓜𝓲𝓴𝓪𝓲𝓵 ♬ original sound – nurkhalaf
Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons daripada pengikutnya menerusi ruangan komen.
“Sumpah sama dohhhhh dia punya serak serak dia sikit tu eii ya allahhh sebijikkkkk.
“Weh sebijikkkk!!!
“Hahahaha kalau dengar suara saje memang ingat Pak Nil.
“Wei ingat dia amik video suara Pak Nil,” komen pengikutnya.