Hiburan By: Del14 December 5, 2019 @ 3:49pm

Wak Doyok Biar Ibu Carikan Calon?

Lama sudah tidak mendengar khabar Mohd Azwan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok, seorang usahawan, ikon fesyen Malaysia, personaliti televisyen dan media sosial yang kini sedang menempah nama di Indonesia. 

Ketika ditemui di program Melodi Salute 2019, pelakon berusia 40 tahun ini mengakui yang selepas berlakon di dalam filem Abang Long Fadil 2, dia mendapat semakin banyak tawaran lakonan dan terkini, dia baru sahaja habis penggambaran dua buah filem, iaitu Nasi Lemak 1.0 dan sebuah filem ala Back To The Future, tetapi kembali ke masa silam zaman Hang Tuah yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina nanti, arahan Namewee. 

Wak juga menafikan perusahaan fesyennya gagal apabila dia lebih sering menerima tawaran lakonan pun sejak akhir-akhir ini. 

“Eh, saya masih membuat koleksi fesyen tiap-tiap tahun seperti baju sekolah, baju melayu, pakaian kasual dan ‘menswear’. 

“Berlakon ini secara tak langsung untuk mempromosi diri saya juga sementara saya tidak aktif dalam industri. Mereka di dunia hiburan dan fesyen saling memerlukan antara satu sama lain,” kata Wak Doyok kepada Xtra. 

“Tahun depan saya akan mula penggambaran Abg Long Fadil 3 pula. Untuk filem pertama lakonan saya, Abang Long Fadil 2, kutipan melebihi 18 juta ringgit! Itu menunjukkan filem-filem ‘santai’ begini masih menjadi pilihan penonton-penonton di Malaysia. 

“Saya akui saya memang tak pandai berlakon tetapi ramai artis-artis yang lebih senior memberi kata-kata peransang dan banyak mendorong saya seperti Dato’ A.C Mizal, dan pengarah pun baik…bila dia tahu saya orang ‘baru’ dalam dunia lakonan, dia tidak begitu menekan kerana dia tahu kemampuan saya. 

Mendambakan watak agen rahsia satu hari nanti, Wak Doyok merasakan watak tersebut begitu sesuai dengan ‘jiwa’ dan ‘gaya’nya. 

“Saya sebenarnya teringin watak ‘secret agent’ ala James Bond! Boleh lah pakai suit, style tu kena sangat dengan saya,”ujar Wak Doyok secara berseloroh.

Wak berkata dia sudah pun mempunya idea dan jalan cerita jika satu hari nanti filem tersebut dapat di realisasikan. 

“Insha-Allah, ada juga yang mahu melaburkan wang mereka untuk membuat filem sebegitu untuk saya tapi saya masih belum konfiden. Orang Malaysia ni suka tengok cerita yang bersahaja…yang tak payah banyak fikir. Filem macam tu yang ‘Boom’!

“Saya masih mentah. Saya rasa saya perlu berlakon di dalam beberapa filem lagi baru saya yakin nak pikul watak utama. Apa-apapun memang filem sebegitu ada dalam perancangan saya. Kalau boleh saya nak buat filem agen rahsia yang dilakonkan pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Thailand,” katanya lagi. 

Sempena tahun 2020 yang bakal menjelma, Wak cuma berdoa dan berazam biarlah tahun 2020 menjadi tahun yang lebih maju dan sukses buat dirinya sama ada dalam bidang perniagaan, dunia seni termasuklah dalam bab mencari jodoh!

Walau bagaimanapun, Wak mengakui sedang di dalam proses mengenali hati budi seseorang.

“Orangnya biasa je…bukan orang seni. Asalkan boleh masak, duduk rumah, jaga anak…settle. Nanti kalau dua2 sibuk bekerja, dapur rumah tak berasap pula!” kata Wak sambil tertawa. 

Tambah Wak lagi, dia sudah tidak mahu pening kepala mencari jodoh dan memberi kebenaran kepada ibunya untuk mencari bakal isteri buatnya. 

“Mak saya yang carikan, saya malas nak serabut kepala…dengan jadual kerja saya yang tak menentu, memang membataskan masa saya untuk bersosial mencari pasangan. 

“Minggu depan saya akan ke Indonesia balik kerana saya mempunyai kilang di sana dan sejak akhir-akhir ini kerap mendapat jemputan untuk tampil di program televisyen Indonesia,” ujar Wak mengakhiri perbualan. 

Semoga terus sukses Wak!

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Sun, 29 Apr 2018

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Ini lah rahsia di sebalik gambar yang cantik macam artis kpop korang!

Hiburan Mon, 13 May 2019

Anita Baharom Sahkan Hidap SLE

Anita terus terbaring lemah selama dua minggu sehingga terpaksa dicampung suami untuk bergerak ke mana-mana kerana tubuhnya ‘lumpuh’ sepenuhnya.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya selepas pengumuman untuk bersara dibuat. Alahai…