View this post on Instagram

Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan,ketawakan,gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya menberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya. Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media. Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini. Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu. Betapa peritnya saya laluai liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anak nya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya. Saya hanya menumpang sahaja. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih,bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tatapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayang gi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir. ?? #SayaSayangIbu #YangManaSatuManiteeSyurga #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #WegWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Wak juga mengakui kehidupannya dahulu sangat susah dengan keadaan rumahnya yang retak seribu serta dihuni dengan anai-anai. Katanya lagi, banyak keperitan yang dilalui olehnya untuk berada di tahap sekarang.

Wak Doyok memberitahu video tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya mahu berkongsikan kesusahan yang pernah dialami olehnya sebelum ini serta kegigihannya untuk mengubah nasib keluarga.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum dengan usaha Wak Doyok yang mahu membahagiakan keluarganya lebih dari segalanya. Ada juga netizen menjadikan Wak sebagai inspirasi untuk berjaya supaya dapat menabur bakti kepada ibu bapa.