Hiburan By: Padin February 17, 2023 @ 5:26pm

Walau Kelly Azman Kena Kecam, Rezeki Tetap Murah – “Ini Merupakan Kali Ke-12 Saya…”

Selebriti serba boleh, Kelly Azman sudah lali dengan kecaman yang dihamburkan netizen.

Menyifatkan kritikan diterima sebagai pembakar semangat, pemilik nama sebenar Raja Azman Raja Ayob ini tidak kecil hati dengan kejian yang dilemparkan.

“Sebenarnya, mereka yang mengecam ini menjadi suntikan motivasi untuk saya bekerja lebih kuat. Mereka perasan kehadiran saya dalam industri hiburan, jadi mereka mengkritik.

“Saya pula tak boleh berkecil hati kerana ini asam garam dunia seni. Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan meningkatkan usaha saya untuk terus menyerlah dan mendapat tempat dalam bidang hiburan,” kata Kelly.

Tambah penyanyi lagu No No No ini, cemuhan netizen tidak menjatuhkan semangatnya sebagai anak seni dan Kelly juga bersyukur rezekinya semakin murah.

“Kejian, cacian serta makian tidak melemahkan semangat saya untuk terus belajar dalam industri ini. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana tawaran tidak putus. Ada sahaja rezeki yang diberikan Allah untuk saya teruskan melangkah.

“Pasca pandemik ini, bersempena ketibaan bulan yang mulia, saya kembali menghiburkan orang ramai sepanjang Ramadan di Hotel Royal bersama rakan penyanyi, Ani Maiyuni. Sambil pengunjung datang berbuka puasa menikmati hidangan buffet lazat, kami pula akan menghiburkan tetamu.

“Ini merupakan kali ke-12 saya memenuhi tawaran ini. Sebelum ini, ia pernah terhenti kerana kekangan Covid-19 dan ketika itu pihak hotel tidak menawarkan hidangan berbuka puasa. Alhamdulillah, keadaan sekarang kembali pulih dan saya menerima semula rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” katanya.

Selepas muncul dengan single Dustakan Cinta tahun lalu, Kelly juga akan hadir dengan naskhah baharu berbentuk kerohanian tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 May 2023
Trending Thu, 4 Nov 2021

Hazman Al-Idrus Kembali Dengan Aura

Penyanyi dan pelakon Hazman Al-Idrus melancarkan single terbaharu berjudul Aura sebagai ‘comeback’ dan juga hadiah buat peminat yang setia menantinya kembali aktif ke dunia nyanyian. Lagu Aura yang berentak rock ini adalah seratus peratus hasil […]

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Mengaku Guna Kamera Huawei P30 Abadikan Saat Indah

setiap gambar yang diambil ketika Pre Wedding dan Malam Berinai menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30.

Hiburan Thu, 17 Oct 2019
Events Fri, 3 Feb 2023
Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022