Walaupun Dah Cerai, Hubungan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Tetap Baik… Siap Boleh Kongsi Akaun Netflix

Semalam kecoh di media sosial apabila pereka fesyen popular, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan dia dan isterinya, Nina Ismail Sabri sudah bercerai sejak Ogos lalu.

Ternyata dengan pendedahan tersebut, ramai yang meluahkan rasa terkejut apabila rumah tangga yang dibina selama 10 tahun itu musnah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Tamatkan Perkahwinan Yang Terbina 10 Tahun” – Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Umum Bercerai

Menurut Jovian, biarpun sudah bepisah, hubungannya dengan anak bekas Perdana Menteri  Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu masih kekal baik.

Bakal meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember, Jovian menyifatkan apa yang terjadi adalah ketentuan dari Tuhan.

Disebalik berita mengejutkan itu, Jovian dan Nina sempat berbalas komen di ruangan komen.

Nina meninggalkan komen dengan berseloroh berkata Jovian masih boleh menggunakan akaun Netflix miliknya.

“Dont worry you can still use my netflix acc. See you friday,” tulis Nina.

Dan Jovian pula membalas ‘and a lifetime stock of shampoo & argan oils’.

Siapa sangka rumah tangga yang dilihat bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata ini akhirnya runtuh jua.

Ramai yang mendoakan kedua-duanya bahagia dengan jalan masing-masing.

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 2013. Hasil perkahwinan selama sedekad itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Khairil Khusyairi