Fizo Omarberkongsi nama puteri mereka yang dinamakan Wan Maryam selain dari berkongsi wajah puteri kesayangannya. Apa yang menariknya hidung mancung bayi comel itu menjadi perhatian ramai.

“Empat tahun kami menunggu detik ini. Saya percaya, bukan saja kami malah kedua ibu bapa mentua saya antara paling gembira. Apatah lagi Maryam adalah cucu pertama keluarga mereka. Mereka selalu cakap, satu saja impian belum tercapai iaitu menimang cucu”