Wanita ‘Bocor’ Dalam Kereta Dicuci Tunang Didakwa Buka Aib Sendiri, Fadzil Zahari Minta Cari Pengganti Lain? – “Dah Kahwin Nanti Semua Benda Dia…”

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita sedang datang bulan ‘bocor’ dalam kereta dan bertindak merakam pasangannya mencuci kusyen tersebut.

@nanazainal__Saya minta maaf banyak menyusahkan. Terima kasih sayangku untuk segalanya, sayang 🥺❤️

♬ suara asli – Sad.Musikk_

Namun, perbuatan tersebut mencuri perhatian pelakon Fadzil Zahari dengan meninggalkan komen di sebuah portal hiburan yang mengatakan wanita itu menyebarkan aibnya sendiri.

Malah, suami kepada pelakon Yana Samsudin ini memberitahu lelaki itu masih belum terlambat untuk mencari pengganti wanita lain.

“Laki tu patut syukur ada masa lagi nak clash cari perempuan lain. Dah kahwin nanti boleh jadi semua benda dalam kain dia buat content. #DoneSedarkan,” ujarnya.

Kemudian, komennya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang mengaitkan dengan kisah zaman nabi membersihkan haid isterinya.

“Zaman nabi dulu ada kisah isterinya dan nabi membersihkannya. Tapi suami isteri lah. Ni lain. Tak malu betul,” kata seorang netizen.

“Kisah tu untuk jadi pedoman, ini kisah dia bukan siapa yang kita patut jadikan idol, sendiri bocor sendiri upload,” balas Fadzil.

Maya Basir