“Wanita Makin Cantik Bila Bersama Lelaki Yang Tepat” – Netizen Puji Zarina Anjoulie & Tunang, Doa Hubungan Kekal Ke Jenjang Pelamin

Nama pelakon Zarina Anjoulie sering menjadi bualan warganet sejak menjalinkan cinta bersama lelaki bernama Datuk Seri Khazrul yang kini merupakan tunangnya.

Terbaharu, Zarina atau lebis mesra dengan panggilan Anju sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik foto yang memaparkan dia dan Khazrul sedang berswafoto bersama di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Zarina menjelaskan mengapa dia jarang berkongsi foto bersama Khazrul.

“Ramai tanya asal Anju tak post fasal tunang…mana dia…ada je.

“Ye la dulu Anju asyik post ramai complaint kata meluat. Bila tak post tanya pula. Nah saya belanja satu,” jelas Zarina.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap pasangan tunang ini. Malah ada juga yang menyatakan Zarina kelihatan sangat cantik apabila bersama dengan lelaki yang tepat.

Januari lalu, Zarina mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Datuk Seri Khazrul Elzey.

Untuk info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu.

Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Khairil Khusyairi