Categories: Hiburan

Warisi Kejelitaan Erra Fazira, Kecantikan Engku Aleesya Raih Pujian – “Like Mother, Like Daughter”

Anak penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Engku Aleesya tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kecantikannya ketika mengahadiri sebuah acara.

Menerusi video yang tular di TikTok, pemilik akaun tersebut telah berkongsi momen ketika puteri kesayangan Erra itu tersipu malu apabila dirinya dirakam.

Lebih mencuri tumpuan, Aleesya yang kini berusia 14 tahun itu tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya sekali gus mempamerkan kejelitaan semula jadinya.

@kunyahan.com Cotton candy semanis Aleesya 😉 cc @errafazirawc ♬ radio by lana del rey – ☆

Terpaku dengan kecantikan anak penyanyi itu, rata-rata warganet menyatakan bahawa Aleesya telah mewarisi kecantikan ibunya yang pernah menjadi idaman para wanita suatu ketika dahulu.

Fatin Nurain