Hiburan By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 3:23am

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Siapa dah tonton filem Pulang? Kalau dah tonton, watak Lum mesti membuatkan anda tertawa dalam masa sama hiba pun ada. Betul tak?

Karakter Lum dilihat sebagai seorang yang sangat positif, kelakar dan dalam masa sama dia juga memiliki sifat setia kawan yang tinggi.

Bagi pelakon Alvin Wong memberitahu, dia terpaksa memberi gambaran sendiri terhadap karakter Lum dalam Pulang.

“Apa yang saya lakukan adalah dengan cuba menghasilkan satu tarikan mengenai personaliti dirinya.

“ Saya menjadikannya seorang yang kelakar, positif dan bersemangat,” katanya.

Tambah Alvin, dia juga tidak menyangka dapat berkongsi set yang sama dengan Remy Ishak.

“ Kami serasi dan mudah untuk saya berlakon bersamanya.

“ Bukan saja dengan Remy, malah pelakon lelaki Melayu lain. Kami mudah mencipta keserasian,” katanya.

Menerusi Pulang, Alvin menganggap watak Lum diperlukan bagi meringankan cerita yang sarat.

“ Biarpun sekadar pelakon pembantu, tetapi saya ambil serius watak berkenaan,” katanya yang memulakan karier lakonan untuk pasaran Melayu sejak 2004.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Fri, 28 Oct 2022

“Nampak Ayu & Sopan, Teruskan Pakai Macam Ini” – Penampilan Baby Shima Berbaju Kurung Dipuji Netizen

Sering dihimpit kontroversi, penampilan terkini penyanyi dangdut Baby Shima yang memakai baju kurung menarik perhatian warganet. Dikongsikan menerusi hantaran terbaru akaun TikTok miliknya, kali ini Shima tidak menerima kritikan, sebaliknya dia mendapat pujian rata-rata peminat. […]

Featured Wed, 28 Jun 2023
Featured Mon, 14 Jun 2021

“Selalu Tanya Abang Ahmad..”- Fedtri Yahya Dedah Kesungguhan Pelajar Raih A+ Subjek Tasawwur Islam Dalam SPM

Kisah seorang remaja berbangsa India, V Easwaran yang memperolehi keputusan cemerlang dalam subjek Tasawwur Islam  ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari mendapat perhatian ramai. Menurut  V. Easwaran yang ditemui di sidang media secara […]

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!