“Watak Ni Sesuai Dengan Awak Dik” – Main Filter TADS, Muka Ayda Jebat & Fyna Jebat Sesuai Jadi ‘Penyondol’?

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat bersama adiknya, Fyna Jebat bermain ‘filter’ di TikTok bersempena Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS).

Menerusi video perkongsian oleh @tv3malaysia, Ayda dan Fyna sedang bermain dengan filter ‘muka kau sesuai berlakon watak?’

Tanpa disangka, jawapan filter terbabit mengejutkan The Jebats sekaligus membuatkan mereka ketawa kerana ia menyatakan bahawa muka mereka sesuai berlakon sebagai watak ‘penyondol’.

Malah, Ayda sempat bergurau dengan menyatakan adiknya sesuai dengan watak ‘penyondol’ tersebut dan berdoa semoga suaminya tidak dirampas.

“Adik (Fyna) watak ni sesuai untuk awak dik. Jangan sondol laki saya sudah,” seloroh Ayda.

Ayda juga sempat meninggalkan komen pada video tersebut dengan mengatakan ‘filter’ ini bijak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan ‘filter’ sekarang berlaku jujur.

Ayda dan Fyna bakal membuat persembahan di TADS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bersama Bella Astillah dan Wani Kayrie.

Jangan lupa saksikan TADS jam 9 malam ini di TV3 dan strim secara HD di aplikasi Tonton.

Atiqah Johari