Gelagat pemain bola sepak Haziq Nadzli mengusik isterinya, Eyra Hazali sekali lagi meraih perhatian wargamaya, baru-baru ini.
Terdahulu, tular di TikTok sebuah video di mana solekan Eyra melekat di bahagian dagu Haziq selepas mengucup dahi isterinya sebelum mula bermain bola.
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Solekan ‘Tebal’, Aksi Eyra Hazali & Suami Undang Tawa
Terbaharu, terdapat sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pemain bola sepak itu membalas dendam perbuatan isterinya sewaktu makan bersama anak mereka, Hayder Qhalish.
Menerusi video yang tular tersebut, Haziq kelihatan sangat gembira setelah dapat mengusik isterinya dengan mencalitkan sos makanan pada dahi aktres itu.
“What you give, you get back lah brother,” katanya.
@yanasszz._ Hahah papa ziq ni🤣🤣 #eyrahazali #haziqnadzli #hayderqhalish #endrahaqimie #familyhaziqnadzli ♬ original sound – ✨
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan tersebut yang saling mengusik antara satu sama lain.