Featured By: Aqilah Paharuzi June 22, 2022 @ 8:48pm

#WhazzupNetizen: Bantuan BKM Bujang Naik RM50, Sharifah Sakinah Berang Rambut Anak Diejek & Video Keselamatan MAS Dapat Banyak Reaksi

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Bantuan BKM Ditambah Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bayaran tambahan bagi bantuan keluarga Malaysia (BKM) akan dinaikkan sebanyak RM100 (isi rumah) dan RM50 (individu bujang).

Maklumat terkini Ismail Sabri mengundang pelbagai reaksi netizen yang seakan terkejut dengan jumlah yang ditambah itu.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Buletin TV3 yang memaparkan pengumuman Ismail Sabri tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan jumlah yang bakal diberikan itu dipercayai tidak mencukupi.

Bagaimanapun, ramai juga dalam kalangan mereka yang meluahkan rasa syukur atas usaha kerajaan ini untuk mengurangkan beban rakyat, terutamanya di saat negara dalam kegawatan ekonomi dan harga barangan semakin meningkat.

      

2. Sharifah Sakinah Berang Rambut Kerinting Anak Diejek

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah meluahkan rasa amarahnya apabila penampilan gaya rambut puteri sulungnya, Anais Adha menerima cemuhan teruk.

Sebelum ini. menerusi sebuah video yang menampilkan Sakinah dan Anais, netizen tertumpu kepada rambut Anais yang dikatakan sangat kembang dan kerinting.

Ramai dalam kalangan netizen yang mengecam rambut anaknya itu serta sempat berseloroh yang berbaur negatif, seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan kepada anak kecil itu.

   

Namun begitu, meskipun ramai yang mengecam rambut Anais, tidak kurang juga ada yang memuji dan cemburu melihat rambut anak comel itu yang dikatakan sangat unik.

Turut memberi pendapat, pengara dan pelakon jelita Scha Alyahaya tampil bersuara dengan berkata netizen seakan hilang akal dan antara golongan yang terpaling kaya dan cantik.

3. Video Keselamatan MAS Dapat Respons Negatif & Positif

Syarikat penerbangan antarabangsa tanah air, Malaysia Airlines (MAS) telah melancarkan video keselamatan terbaharu secara rasmi di laman YouTube hari ini.

Video tersebut turut memaparkan selebriti versatil negara antaranya Datuk Yusry Abd Halim, Datin Lisa Surihani, Diana Daneielle, Puan Sri Tiara Jaqcuelina, dan ramai lagi.

Difahamkan elemen kesenian dan kebudayaan diselitkan dalam muzik video tersebut seperti nyanyian dan seni tarian dikir barat.

Tinjauan di ruangan media sosial mengenai video tersebut meraih pelbagai reaksi netizen baik dari segi positif dan negatif.

Ramai dalam kalangan netizen yang kagum dan meluahkan rasa teruga dengan video tersebut yang diarahkan sepenuhnya oleh Tiara.

Namun begitu, ada segelintir daripada netizen yang mengkritik dan mencemuh video tersebut sehingga dikatakan seperti ‘Muzikal Sarkas’ kerana dipercayai terlalu serabut.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

来马宣传是「优差」四人心水视帝视后人选是他们!

香港TVB演员袁伟豪、王君馨、陈山聪和黄智雯配合《首要媒体集团2018年节目巡礼》日前来马宣传,常来大马的他们直呼是份优差!谈及即将来临的《万千星辉颁奖典礼》,四人大谈心目中“心水”视帝视后人选。

Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020
Drama Sat, 17 Dec 2022

Isi Slot Sakura TV3, Fadlan Hazim & Riena Diana Bergabung Dalam Chinta Arjuna

Drama bersiri 20 episod, Chinta Arjuna telah menemui penonton di kaca televisyen bermula 13 Disember 2022. Diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, drama ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan skrip nukilan daripada Zyza

Featured Fri, 17 Mar 2023

Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Allahuuu, kesiannya 😭😭 Pembuli memang tak akan pernah faham perasaan mangsa ya!

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Thu, 21 May 2020
Events Thu, 24 Mar 2022

“Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Aduhai kalau dah namanya cef, mestilah selalu pakai baju cef kan.. 😂

Featured Thu, 9 Feb 2023

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Amboiiii, jahatnya mulut individu ni 😌 Tak baik tau fitnah Anna macam nii 🤨 Hmm kata peminat

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas

| Live TV

error: Content is protected !!