Featured By: Aqilah Paharuzi August 17, 2022 @ 8:14pm

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Elon Musk Prank Peminat Manchester United

Heboh di media sosial Twitter sejak pagi tadi mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Motors, Elon Musk dilaporkan meluahkan hasratnya mahu membeli kelab bola sepak Manchester United (MU).

Musk, manusia paling kaya di dunia berkata demikian menerusi sebuah ciapan di Twitter rasmi miliknya.

“Saya mahu membeli Manchester United,” tulisnya.

Susulan itu, peminat MU rasa tertipu apabila Musk mengakui beliau hanya bergurai dan sengaja mahu membuat lawak serta menjelaskan tidak akan membeli mana-mana kelab pasukan.

“Adakah anda serius?” tanya seorang peminat.

“Tidak, ini sebenarnya lawak jenaka di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana kelab sukan,” kata Musk.

Ciapannya itu sehingga kini meraih perhatian netizen dengan lebih 8,000 ulang kicau, 6,000 quote dan 56,000 tanda suka.

Rata-rata daripada netizen yang merupakan peminat MU meluahkan rasa berang apabila dipermainkan oleh Musk.

Menurut mereka, kelab pasukan MU amat memerlukan pemilik baharu bagi mengembalikan semula zaman kegemilannya.

2. Trend Makan Tiram Mentah ‘Murah’ Jadi Punca Keracunan Makanan

Seakan sudah menjadi trend pada masa kini apabila ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpusu-pusu mahu mencuba makanan laut mentah seperti tiram di premis makanan.

Menyedari tiram mentah hangat menjadi perbualan dan carian penggemar seafood, ramai pengusaha restoran mengambil peluang untuk menjual tiram mentah dengan harga murah.

Sementara itu, sebuah video heboh di media sosial Twitter yang memaparkan seorang pempengaruh makanan mencuba oysters berharga sangat murah iaitu RM6 untuk satu tiram di sebuah kedai viral.

Menurut pengguna Twitter yang berkongsi video berkenaan, difahamkan pempengaruh yang dikenali sebagai Liana itu mengalami keracunan makanan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kebersihan di premis berkenaan tidak terjaga kerana menyajikan makanan tiram mentah yang tidak segar dan telah berubah warna.

Ciapan tersebut mengundang perbalahan netizen yang berkata trend makan tiram mentah ini akan membahayakan kesihatan kerana dipercayai mengandungi vibrio bakteria.

3. Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Sebelum ini, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menyambut baik hasrat aktres jelita Maya Karin untuk menterjemah watak lagenda, Mahsuri ke layar perak.

Susulan itu, pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu memuat naik respons Syamsul itu di akaun Twitter miliknya dan ia mencetuskan perbalahan antara netizen.

Rata-rata netizen bersetuju dan memberi maklum balas yang baik terhadap berita tersebut, namun ada segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju sekiranya pengarah hebat Mat Kilau itu mengarahkan Mahsuri.

Malah, satu ciapan yang dimuat naik oleh individu bernama Indera tidak menafikan Syamsul adalah seorang pengarah yang berkaliber, namun menurutnya, filem Mahsuri perlu diarah oleh seseorang yang sangat handal seperti Kabir Bhatia.

Jelasnya lagi, filem Pulang arahan Kabir sangat memberi impak yang mendalam maka dengan beberapa netizen menyokong pendapat Indera itu.

“Syamsul ialah pengarah filem aksi / seram yang sangat baik. Tetapi Mahsuri jelas lebih drama dan satu-satunya pengarah yang saya fikir mampu mengendalikan tugas itu ialah Kabir Bhatia.

“Filemnya ‘Pulang’ sangat emosional, dan saya rasa dia akan baik-baik saja dengan Mahsuri,” tulis netizen berkenaan.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

19 Tahun Berkahwin, Akhirnya Kajol…

Sebilangan besar peminat kecewa bila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka ini memilih aktor Ajay Devgan sebagai suami. Alamak, kenapa tu?

Featured Mon, 4 Jul 2022

[VIDEO] Pasang ‘Belon Gastrik’ Demi Turun Berat Badan, Ramai Ngeri Tengok Zarina Anjoulie

Bagi siapa yang suka melantak tu, mungkin ini cara terbaik untuk korang!

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

「失控拔掉注射导管」2周2度住院!赛琳娜进精神病院

小天后赛琳娜(Selena Gomez)这阵子搬离洛杉矶,鲜少出席公开活动!没想到现在传出这2个礼拜内住院2次,最后一次更在医院情绪崩溃。

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tudung Makin Singkat, Kini Giliran Mira Filzah Kena Kutuk

Namun, normal lah jika dikatakan setiap artis pasti akan terpalit dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi netizen diluar sana

Hiburan Fri, 21 Feb 2020

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Takziah diucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Fab Foodies! Fri, 25 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).