Featured By: Aqilah Paharuzi August 24, 2022 @ 8:03pm

#WhazzupNetizen: Jabatan Penjara Nafi DS Najib Diberi Layanan Istimewa, Gaya Sekumpulan Lelaki Pakai Baju 70-an Tarik Perhatian, & Ramai Guru Sakan BerTikTok Dikecam

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Jabatan Penjara Nafi DS Najib Diberi Layanan Istimewa

Mahkamah Persekutuan menetapkan hukuman penjaran 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, semalam.

Berita tersebut semestinya menggemparkan seluruh rakyat Malaysia yang memberi pelbagai reaksi di media sosial.

Susulan itu, ada pihak yang mendakwa DS Najib akan menerima layanan istimewa dek kerana status yang dipegangnya itu.

Malah, tular sebuah gambar di media sosial yang memaparkan sel penjara mewah disyaki akan menjadi sel penjara untuk beliau.

Tampil menjelaskan perkara itu, Pihak Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan semua banduan akan dilayan sama rata menerusi sebuah hantaran di Facebook rasmi milik jabatan tersebut.

Malah, sel penjara mewah itu ternyata gambar sel penjara di Switzerland yang lengkap dengan perabot serta dilihat sangat selesa.

2. Gaya Sekumpulan Lelaki Pakai Baju 70-an Tarik Perhatian

Heboh di media sosial mengenai sekumpulan pemuda yang menampilkan gaya fesyen ala-ala di tahun 70-an telah mencuri perhatian rata-rata netizen.

Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, sekumpulan pemuda tersebut memakai gaya seluar ‘bootcut’ dan kemeja bunga-bunga sedang bersiar-siar di ibu kota, Kuala Lumpur.

Tinjauan di ruangan komen mendapati segelintir daripada mereka yang seakan bersetuju pemuda-pemuda tersebut wajar untuk hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kerana berani menampilkan gaya trending suatu ketika dahulu.

Dengan berlatarbelakang lagu Allahyarham Datuk Sudirman berjudul Mat Disko, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja mereka seperti mengimbau zaman dahulu, meskipun tidak pernah hidup dikala itu.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan mereka yang berharap versi wanita akan diadakan dalam menggayakan baju tahun 70-an seperti mereka.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 2.5 juta tontonan, 180,000 tanda suka dan lebih 3,300 komen.

3. Guru Muat Naik Konten “Menggatal’ & Kerap BerTikTok Dikecam

Tular di media sosial Twitter mengenai sebuah ciapan yang memaparkan dua individu berstatus seorang guru kerap memuat naik konten-konten di aplikasi TikTok.

Ciapan tersebut seakan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir guru yang didakwa tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

“Apa pandangan korang dengan cikgu-cikgu yang macam ni?” tulis ciapan tersebut beserta emoji muntah di hujungnya.

Individu tersebut turut memuat naik dua tangkapan layar dari dua akaun TikTok petugas kerajaan yang bergelar guru membuat konten menggatal dengan guru atau pelajar.

“POV: Bila student Form 6 cakap ‘saya sanggup bermadu’, nak sedih ke nak gelak? Jangan la berani cuba cuba. Lemah juga iman saya kalau macam ni selalu,” tulis di kapsyen salah satu tangkapan skrin itu.

“Why teaching at all-boys school? Most of them are naughty and not easy to handle” tulis satu lagi kapsyen.

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna Twitter meluahkan rasa berang terhadap kedua-dua individu yang mempunyai sebuah profesion sangat disanjung tinggi.

Menurut mereka, seorang guru seharusnya memberi contoh yang baik, namun kini lain pula apabila guru-guru bersikap tiada etika dalam bekerja.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 May 2023

LBS Beri Peluang Untuk Korang Menang Duit Raya Ekstra! Jom Raikan Rezeki Aidilfitri Penuh Bermakna

Pejam celik pejam celik, tidak lama lagi kita bakal menyambut Aidilfitri, terasa cepat benar masa berlalu Sudah pastinya setiap isi rumah telah mula sibuk membeli bahan membuat kuih dan biskut raya selain mengemas dan menghias […]

Hiburan Sun, 12 Nov 2023

“Saya Masih Terbayang Si Pelaku…” – Nellisa Nizam Dedah Pernah Diraba Kru Produksi

“Saya tak mahu orang lain terkena perkara sama seperti saya” – Nellisa

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Trending Thu, 26 Sep 2019

President Ukraine dan Idea Whatsapp Group “World Leaders”

Kalau betul ada whatsapp group “World Leaders”..pasti kecoh!!

Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Fri, 20 Oct 2023

Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

InsyaAllah semoga dipermudahkan buat pasangan sweet ni!❤️