Featured By: Aqilah Paharuzi March 16, 2022 @ 6:59pm

#WhazzupNetizen: KWSP, Kak Long 7E, Aina Abdul Versi Darkweb & Nasi Lemak 3.9 Bintang… Apa Cerita Ni?

Fuh, dalam masa seminggu sahaja, banyak perkara yang berlaku kan.

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai empat topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Haa, pada tengah hari tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas simpanan KWSP berjumlah RM10,000.

Meninjau ke ruangan media sosial, ramai dalam kalangan netizen yang bersyukur atas tindakan kerajaan yang sangat memahami rakyat.

Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang berkata tindakan tersebut menjadi tanda tanya sama ada Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) 15 bakal berlangsung tidak lama lagi?

2. Kak Long 7E

Bermula dari isu perbalahan di sebuah kedai serbaneka, kemudian dijemput menjadi tetamu undangan sebuah progran televisyen dan paling terbaru, tular aski ‘Kak Long 7E’ seakan mengejek golongan Orang Kurang Upaya (OKU), nama wanita berkenaan masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen sehingga kini.

Taip saja nama ‘Kak Long 7E’ di ruangan media sosial, pasti banyak komen netizen mengenai perilaku wanita yang bernama Wan Nor Baizurra ini.

Menurut netizen yang meluahkan pendapat mereka di media sosial, netizen menyeru agar rakyat Malaysia berhenti memberi perhatian kepada ‘Kak Long 7E’ yang boleh dikatakan semakin menjadi-jadi.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang berniat untuk memberi peluang kedua kepada ‘Kak Long’ untuk cuba memaafkan dia dan berdoa agar berubah menjadi orang yang baik.

3. Aina Abdul VS Datuk Seri Vida

Kecoh di ruangan media sosial mengenai penampilan Datuk Seri Vida (DSV) yang menjadi buah mulut orang ramai sehingga disamakan dengan penyanyi terkenal, Aina Abdul.

Apa yang menarik perhatian ialah DSV digelar kembar Aina dalam versi ‘dark web’. Fuh!

Berdasarkan komen netizen yang ditinggalkan oleh hantaran dimuat naik DSV, rata-rata daripada netizen tidak meninggalkan komen yang kasar, malah mereka terkejut dan terhibur melihat gaya solekan DSV yang agak menyeramkan.

Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang seakan mengkritik DSV kerana sengaja membuat ‘free marketing’ untuk mempromosikan lagu terbarunya.

4. Nasi Lemak Jauh Ketinggalan, 3.9 Bintang

Kecoh mengenai isu Nasi Lemak yang mendapat kritikan netizen dan meraih amarah rakyat Malaysia kerana makanan nombor satu kita dilabel ‘OK’ dan hanya mendapat sebanyak 3.9 bintang.

Menerjah di ruangan media sosial, banyak komen daripada netizen yang berbalah pendapat dan mempertaruhkan kedudukan Nasi Lemak di hantaran Facebook ‘TasteAtlas’ mengenai senarai makanan terbaik Asia Tenggara.

Menurut segelintir netizen, Nasi Lemak tidak seharunya kalah dengan makanan Bubur Ayam daripada Indonesia yang mendapat sebanyak 4.7 bintang, namun ada juga netizen yang meninggalkan komen agak waras di mana menurut mereka makanan tidak boleh dinilai kerana setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tomahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

Hiburan Thu, 30 Jan 2020
Trending Mon, 11 Jan 2021
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

AIMAN TINO SAKIT TEKAK?

Aiman kelihatan sedikit terganggu dengan vokalnya ketika menyanyikan lagu tersebut.

Hiburan Sat, 29 Jul 2023
familuv Sat, 22 Oct 2022

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet. @noornabila00 Celah helmet pun boleh […]

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

‘Tanah Airku Tanah Airmu’, Duet MonoloQue Dengan Amy Search Kali Ini Memang Rare!

Menurut Monoloque, “ Persembahan kali ini lebih “jantan”, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan Yang Berhormat Muzik Rock Tanahair, Amy Search,”.

error: Content is protected !!