Featured By: Aqilah Paharuzi June 8, 2022 @ 7:07pm

#WhazzupNetizen: Larang Majikan Belanja Staf Makan, Lelaki Hampir Hilang Jari Disergah Orang Utan & Lisa Blackpink VS Anne Hathaway… Kuning Mana Lebih Menyerlah?

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Larang Majikan Belanja Staf Makan

Heboh di ruangan media sosial mengenai seorang ‘coach’ perniagaan yang teruk dikecam netizen gara-gara kenyataannya yang seakan mengguris hati pekerja makan gaji di luar sana.

Wanita yang dikenali sebagai Puan Ainon Mohd memuat naik satu hantaran di Facebook miliknya dengan berkata, majikan tidak perlu belanja para pekerja kerana dikatakan mereka telah membuat tugas dengan baik.

Tambahnya, duit ‘makan-makan’ itu boleh ditukar sebagai duit bonus hujung tahun buat para pekerja.

Kenyataan tersebut telah mengundang amarah netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya itu serta dianggap sebagai tidak masuk dek akal fikiran dan didakwa ‘kedekut’ berkongsi rezeki.

2. Lelaki Hampir Hilang Jari Disergah Orang Utan

Satu video tular di media sosial Twitter memaparkan seorang remaja hampir hilang jari kakinya kerana diserang oleh seekor orang utan.

Kejadian yang berlaku di Kasang Kulim Zoo, Riau, Indonesia meraih perhatian orang ramai yang berang melihat pemuda tersebut mengganggu orang utan yang berada dalam sangkarnya.

Malah, satu ciapan yang menerangkan mengenai kekuatan orang utan mencapai sehingga 500 ‘pound’ atau setara 8 kali kekuatan dari manusia dewasa.

Rata-rata netizen berkata situasi tersebut tidak akan berlaku sekiranya pemuda tersebut tidak melanggar arahan untuk tidak melintasi pagar kandang yang tetap ditetapkan.

3. Gandingan Lisa Blackpink & Anne Hathway Curi Tumpuan

Pemakaian warna sedondon penyanyi kumpulan K-POP terkenal, Lisa Blackpink dan aktres popular Amerika, Anne Hathaway yang berwarna kuning menyerlah itu menarik perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, video mengenai Lisa semasa berada di event Bulgari Gala di Paris heboh di serata media sosial yang tertarik dengan penampilan gaya rambut terbarunya.

Rata-rata netizen turut menggelarkan mereka sebagai puteri Thailand dan puteri Genovia, serta mereka nampak sangat serasi bersama.

Ramai peminat Lisa kagum dengan dirinya kerana berjaya dijemput untuk menghadiri event perhiasan wanita jenama mewah.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

Trending Sat, 29 Feb 2020
familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Fri, 1 Mar 2019
Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa – TS Musa Hassan

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral