Featured By: Aqilah Paharuzi June 1, 2022 @ 6:38pm

#WhazzupNetizen: Nurul Zahid Sentuh Isu ‘Sexism’, Mak Wan Latah Sakan ‘Bergelek’ & Mulan Jameela Teruja Jumpa Fazura

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Nurul Zahid Sentuh Isu ‘Sexism’, Netizen Dakwa Penguasaan Bahasa Inggeris Lemah?

Anak sulung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Zahid meraih perhatian netizen selepas satu video mengenai pendapatnya iaitu ‘Wanita Tidak Layak Menjadi Ketua’ telah mengundang amarah netizen.

Sebuah video yang tular di ruangan media sosial Twitter memaparkan Nurul Zahid mengulas isu berkenaan dalam bahasa Inggeris dikecam netizen, lebih-lebih lagi mereka yang tertumpu pada penguasaan bahasa.

“I think uh I think women is not born to be a leader tau so uh yeah women are not born to be a leader. A men are born to be a leader. So I think for human right, for women right I think semua patut ada ada the right because we are all human,” transkripsi Nurul Zahid yang ditulis seorang netizen.

Susulan itu, ramai yang mempertikaikan mengenai penguasaan bahasa Inggeris Nurul Zahid yang dikatakan berada di tahap rendah, malah, ada juga mendakwa agar Nurul Zahid perlu mendiamkan diri sahaja serta tidak perlu mengulas mengenai isu hak wanita.

2. Mak Wan Latah Dikritik ‘Buang Tabiat’ Gara-Gara Sakan Bergelek Semasa Karaoke

Pelakon veteran Mak Wan Latah menerima tohmahan bertubi-tubi setelah sebuah video dirinya menari sambul berkaraoke tular di platform TikTok.

Video tersebut telah meraih perhatian netizen yang bertindak menegur aksi Mak Wan yang dikatakan tidak sesuai memandangkan statusnya sebagai janda dan sudah berusia.

Malah, ada juga yang seakan percaya dakwaan mengenai perangai sebenar Mak Wan sehingga diceraikan daripada perkahwinan yang hanya bertahan selama tiga bulan saja.

Tampil menjelaskan perbuatannya menerusi satu video yang baru, Mak Wan berkata dia selalu berkaraoke dan meminta orang ramai untuk tidak terus buruk sangka hanya disebabkan status janda yang digalasnya.

3. Mulan Jameela Teruja Berjumpa Fazura, Netizen Puji Sama Cantik

Selebriti Indonesia terkenal, Mulan Jameela berkongsi momen indah apabila bertemu dengan pelakon jelita, Nur Fazura setelah tidak berjumpa selama enam tahun.

Dalam hantaran sama, Mulan atau nama sebenarnya Raden Wulansari turut berkata dia berterima kasih dengan hadiah tudung jenama Fazura yang diberikan oleh pelakon Gol dan Gincu itu.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya yang telah meraih perhatian netizen baik di Malaysia dan Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1)

Rata-rata daripada netizen memuji wajah kedua-dua selebriti saling tidak tumpah seperti kembar yang kini berpenampilan sangat manis, sopan, dan jelita, lebih-lebih lagi setelah mereka berdua telah mengenakan hijab.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Aug 2019

“We are Completely Overwhelmed”, Nora Anne’s Family Expresses Gratitude

It has entered the fourth day of Nora Anne Quoirin‘s search and rescue operation, which shocked the whole nation when the Irish teenager went missing on last Sunday — August 4th, in Dusun resort Seremban. Ever […]

Events Wed, 16 Oct 2019

陈政仁力邀李佩玲合唱!MV拍完近三年「终于」面世

歌曲其名,由Jin陈政仁和Jeryl李佩玲合唱的《I’ve Been Loving You Too Long》MV拍完近三年终于面世!

Featured Wed, 15 Apr 2020

Cuci telefon bimbit untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19

Awas! Virus boleh berpindah ke permukaan telefon

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Tue, 18 Jan 2022

Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

Pelakon Azhan Rani terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang berlaku tengah hari semalam. Berita itu disampaikan oleh sahabatnya, aktor Beto Kusyairy menerusi kemas kini di laman Twitter. “Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan […]