Featured By: Aqilah Paharuzi May 18, 2022 @ 8:00pm

#WhazzupNetizen: Syed Saddiq Dilabel ‘Pemimpin Ganja’ , Peminat Lama Idamkan Siti Nurhaliza di Times Square & Kes Cerai Azri Iskandar, Ellie Suriaty Raih Perhatian Netizen

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1.Syed Saddiq Dilabel ‘Pemimpin Ganja’

Nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pernah ‘diseru’ oleh penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman mengenai isu penggunaan ‘ganja’ sebagai perubatan.

Umum sedia maklum, Yasin yang menghidap penyakit bipolar itu ditahan di Penjara Sungai Buloh atas dakwaan menanam 17 buah pokok ganja di kawasan rumahnya pada Mac lalu.

Susulan itu, Syed Saddiq adalah antara individu yang lantang bersuara menunjukkan solidariti kepada Yasin, dan bertungkus-lumus menekankan pengeluaran ganja daripada senarai narkotik, atas tujuan ganja sebagai ubat perubatan.

Dek kerana Saddiq sering memberi hujah mengenai isu ‘Kanabis’ secara terangan, ramai dalam kalangan netizen memberi gelaran baru kepadanya, iaitu ‘Pemimpin Ganja’.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang menghalang sekerasnya penggunaan ganja dalam perbuatan kerana bimbang jika ada segelintir indivividu mengambil kesempatan.

Dalam pada itu, netizen turut mempertikaika mengapa Saddiq memperjuangkan sesuatu perkara yang hanya akan memudaratkan rakyat Malaysia.

2. Peminat Lama ‘Mengidam’ Wajah Siti Nurhaliza di Bilboard Times Square

Umum mengetahui, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja menerima berita gembira mengenai wajahnya yang kini terpampang di Bilboard New York Times Square.

Pelantun lagu Bidadari Syurgaku itu berkongsi berita penghormatan tersebut di Instagram miliknya.

Tinjauan di ruangan media sosial mendapati ramai dalam kalangan peminat Siti turut meluahkan rasa syukur dan teruja dengan perkhabaran berita menakjubkan itu.

Malah, ramai dalam kalangan mereka yang mengakui telah lama impikan dan menantikan momen indah di mana selebriti kegemaran mereka terpampang di Bilboard di bandar utama terkenal, berdiri di samping selebriti antarbangsa wanita seluruh dunia yang lain dalam kempen EQUAL oleh Spotify.

Atas penganugerahan berikut, mereka menggelarkan Siti sebagai ‘Wajah Ikon Kebanggaan Negara’.

3. Perceraian Ellie Suriaty, Azri Iskandar Cetus Kekecohan Netizen

Industri hiburan digemparkan dengan perpisahan pasangan pelakon, Ellie Suriaty, 52, dan Azri Iskandar, 54, selepas mendirikan ruma tangga selama 19 tahun.

Pasangan pelakon itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.34 pagi Selasa.

Ellie bagaimanapun mengakui keputusan yang dibuatnya itu adalah amat sukar malah mengambil masa selama empat tahun sebelum memutuskan untuk bercerai.

Meninjau di ruangan media sosial, rata-rata netizen mendoakan agar pasangan pelakon ini rujuk semula serta turut bersimpati mahligai cinta yang terbina musnah begitu saja.

Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang bersetuju mereka akhirnya bercerai kerana Azri telah bebas dan tidak akan sengsara lagi daripada Ellie yang dianggap sebagai ‘Mak Lampir’.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Trending Sat, 1 Jun 2019

Nak Balik Kampung Siapa Dulu? 5 Tips Hari Raya Buat Pasangan Baru Kahwin

Sebelum korang gaduh siapa nak balik kampung siapa, jom kita tengok 5 tips hari raya buat pasangan yang baru kahwin!

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

TECH Fri, 26 Apr 2019

EduStore: Allowing Students & Educators Access to Amazing Content at Lower Prices

It’s a great access to better quality content for learning and teaching.

Trending Thu, 8 Mar 2018

Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skala Richter

Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau

Trending Tue, 6 Aug 2019

Peminat Naelofar Dan Starbucks Boleh Dapatkan Jenama Ini Serentak!

Dapatkan Neelofar X Starbucks dalam masa yang terhad ni tau!

Hiburan Fri, 22 Dec 2023