Featured By: Aqilah Paharuzi July 27, 2022 @ 8:02pm

#WhazzupNetizen: Warganet Anggap Hukuman Denda #JusticeForAlia Tak Memadai, Wanita Dikecam Letak Syarat Tinggi Melebihi 170 cm Cari Suami & Ini Sebab Sebahagian Tempat Blackout

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Netizen Anggap Hukuman Denda Pada Pasangan Dera Alia Tidak Memadai

Pengasas produk kosmetik dan suaminya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM20,000 serta mengaku bersalah atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Eco Majestic pada 18 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Amira Hamzah, 28, dan suaminya, warga Singapura, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, untuk dihadapkan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tinjauan di ruangan komen hantaran media sosial, ramai dalam kalangan netizen yang tidak berpuas hati atas hukuman denda yang dikenakan terhadap pasangan itu.

Kata mereka, pasangan itu seharusnya menerima hukuman yang setimpal kerana menyebabkan kecederaan fizikal dan mental terhadap anak angkat mereka.

Tambah mereka lagi, kanak-kanak kecil itu semestinya akan berada dalam keadaan trauma akibat teruk didera.

Bagaimanapun, ada juga segelintir daripada mereka yang bersyukur akhirnya nasib #JusticeForAlia akhirnya terbela.

2. Wanita Cari Suami Letak Syarat Tinggi 170 cm Dikecam

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai seorang wanita yang membuat kriteria untuk mencari pasangan hidupnya.

Wanita berusia 27 tahun itu memuat naik sebuah ciapan mengenai ciri-ciri lelaki yang mahu dicarinya antaranya tinggi melebihi 170 sentimeter (cm).

Susulan itu, ciapan tersebut telah tular sehingga ke aplikasi Facebook di mana ramai dalam kalangan mereka mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan terlalu memilih.

Malah, ramai yang mendakwa itu adalah salah satu punca mengapa wanita berkenaan masih belum berkahwin dan agak ‘demanding’.

Bagaimanapun, ada juga segelintir daripada netizen yang menyebelahi wanita tersebut, menurut mereka dia berhak untuk memilih kriteria yang diidamkan terhadap calon suaminya.

3. Sebahagian Malaysia Blackout – TNB Dedah Punca

Heboh di media sosial semenjak petang tadi apabila bekalan elektrik di sebahagian Malaysia terputus secara tiba-tiba pada 12:39 tengah hari sehingga 3:02 petang.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai yang mempersoalkan mengenai insiden tersebut yang berlaku di Kajang, Shah Alam, Bangsar South, Bukit Jalil, KLIA, dan beberapa pusat membeli belah antaranya Publika serta Sunway Pyramid.

Katanya, perkara ini jarang berlaku dan amat mengejutkan ramai pihak terutamanya buat mereka yang berada di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam bekalan elektrik telahpun pulih. Lantaran itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil menjawab punca blackout itu menerusi satu siaran akhbar.

“Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula seawal jam 12:39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor,” tulisnya.

Namun begitu, ada dalam kalangan netizen yang berharap agar isu ini tidak akan berlaku lagi kerana melibatkan satu kerugian besar dan membahayakan negara lebih-lebih lagi apabila melibatkan kawasan di KLIA.

Ada juga segelintir daripada mereka yang mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana menyelesaikan isu ini dengan segera.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
LIFESTYLE Mon, 11 Jun 2018

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau.

Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Trending Fri, 22 Oct 2021

Persiapan Kahwin Dah Selesai 50%, Zalif Sidek Bakal Nikah 26 Februari 2022

Pelakon Zalif Sidek, 36, berkongsi persiapan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Anis Marzuki, 24, sudah siap sebanyak 50 peratus. Menurut Zalif yang bakal bernikah pada 26 Februari tahun hadapan, dia bersyukur segalanya dipermudahkan biarpun perancangan asal

Featured Sat, 26 Feb 2022
Trending Wed, 4 Jul 2018

‘Fikirkan Pengorbanan Ayah Saya…’ – Anak Perempuan Najib Razak

Yana Najib anak kepada bekas perdana menteri Malaysia telah memuatnaik pandangannya mengenai Najib Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang jasanya……

Featured Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Fri, 16 Feb 2018

JENNIFER ANISTON MULA INTIM BERSAMA BRAD PITT?

Menurut laporan Daily Mail, perpisahan terjadi sekitar penghujung 2017. Pada mulanya mereka mahu merahsiakannya terlebih dahulu tetapi akibat tidak mahu gosip liar bermaharajalela, kedua mereka mengambil keputusan untuk membuat kenyataan bersama berhubung perpisahan tersebut.

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir

| Live TV