Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2018 @ 5:21am

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Nampaknya, dalam ketiga-tiga anak lelaki David Beckham, ada seorang yang mewarisi bakat nyanyian yang dimiliki isterinya, Victoria Beckham.

Semuanya gara-gara tersebar maklumat mendakwa anak ketiga bekas bintang bola sepak Real Madrid itu, iaitu Cruz Beckham sudah menghantar pencalonan untuk menyertai uji bakat pengambilan artis baharu di sebuah syarikat pengurusan di sana, Stardium.

Memetik Soompi, pihak Stardium tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai permohonan Cruz namun tidak pula menafikan perkara tersebut ketika ditanya pihak media.

“Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

“Kami sudah melihat senarai pencalonan dan tidak menafikan bukan hanya warga negara Korea yang berminat sebaliknya kami juga banyak terima borang permohonan daripada rakyat pelbagai negara,” kata satu sumber dalaman syarikat pengurusan tersebut.

Sementara itu, bakat nyanyian Cruz, 13, mula diberi perhatian selepas ibunya sering kali berkongsikan video nyanyian anaknya di laman Instagram peribadinya.

Dari situ, kebanyakan peminat Victoria menyarankannya untuk menggembangkan lagi bakat anaknya yang diwarisi daripada bekas ahli kumpulan Spice Girls itu.

Jika Cruz lebih berminat dengan bidang seni suara, abang sulungnya, Brooklyn, 19, pula lebih cenderung dalam bidang fotografi manakala abang keduanya, Romeo, 16, pula bergelar model kanak-kanak yang sudah menghiasi iklan jenama mewah dunia, Burberry.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Meriahnya Persandingan Ala Bollywood Farah Nabilah Dan Amirul!

Wah! Cantiknya Farah macam Deepika Padukone!

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Jasper Supayah Lega.

Apa yang lega tu?