Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2018 @ 10:06am

Diva Azwan Ali Sah Bertanding PRU-14

SAH! Selebriti terkenal, Azwan Ali akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azwan memberitahu keputusan untuk bertanding dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Mohamed Azmin, menjadi kenyataan.

Beliau yang dikenali sebagai Diva AA, mendakwa akan bertanding di mana sahaja, kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Mohamed Azmin.

“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat.

“Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,” katanya kepada NSTP.

Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin, selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember tahun lalu.

Mohamed Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

Mengulas lanjut, Azwan juga tidak menolak menggunakan strategi bersifat peribadi bagi menewaskan Mohamed Azmin, dengan mendakwa beliau menyimpan banyak rahsia abangnya.

“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14.

“Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,” katanya.

Mengulas mengenai wang yang akan digunakan pada PRU-14, Azwan menjelaskan tidak bergantung dengan dana daripada mana-mana parti politik.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

“Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas.

“Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,” katanya.

Good Luck, Diva AA! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 19 Dec 2018

Not Sure What to Get Someone for Christmas? Think Chocolates!

It’s a great gift no matter the occasion.

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

One FM William辛伟廉终于「搵到佢」Adrian李文杰

One FM DJ William辛伟廉日前通过《Happy Hour》节目中宣布Adrian李文杰即将加入One FM成为他的节目新拍档!

Hiburan Wed, 8 Aug 2018
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Beraninya! Duyung ‘Pondan’ Viral, Siapa Dia?

Respect lah keluarga Maembong ni, semuanya berjaya dalam cara tersendiri!

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Sajat Nafi Gila Glamour

Kita tak boleh halang mulut orang untuk bercakap atau mengata. Dari dulu lagi ‘makcik bawang’ akan tetap bercakap. Kehadiran saya dalam industri muzik adalah sekadar mewarnai industri hiburan, bukan gila glamour!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Naim Daniel Selesa Tanpa Teman Wanita

Girls, korang tunggu kejap ok?

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
LIFESTYLE Fri, 7 Sep 2018

Bosan Tersangkut Dalam Kesesakan? Cuba Aktiviti Ini!

Mati kutu dalam kesesakan trafik jadi nak buat apa? Ini sekadar pengkongsian yang boleh admin share

| Live TV