WOW! Ini Cara Selena Gomez Hilang Stress

Berdepan dengan penyakit Lupus dan pemindahan buah pinggang tahun lalu, penyanyi Selena Gomez nekad menjalani kehidupan lebih sihat.

Memetik laporan portal E! News, Selena dilaporkan membelanjakan RM 1200 di pusat penjagaan kesihatan.

Penyanyi berusia 26 tahun ini sanggup menghabiskan masa di ruangan panas untuk melakukan hot pilates.

Menurut sumber yang sama, Selena menyukai senaman ini dalam usaha memulihkan masalah tekanan dialaminya.

Terdahulu, Selena dimasukkan ke pusat pemulihan akibat masalah tekanan selepas putus cinta dengan penyanyi terkenal, Justin Bieber.

Keadaan Selena dilaporkan bertambah teruk apabila bekas kekasihnya itu berkahwin dengan model, Hailey Baldwin.

SGMS Faida