Hiburan By: SGMS Faida December 19, 2018 @ 10:17am

Wow! Siti Nurhaliza Masuk Kelas Vokal Demi Konsert Jelajah

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin memberitahu bakal membuat kelainan dalam konsert jelajah di tiga lokasi bermula Februari depan.

Beliau yang ditemui di sidang media khas di Hotel Shangri-La semalam memaklumkan bakal memulakan latihan vokal tidak lama lagi.

“ Untuk konsert kali ini, buat pertama kali saya menggunakan guru vokal untuk asah kembali kekuatan suara.

“ Ini merupakan pengalaman pertama saya apabila dapat belajar vokal daripada guru berpengalaman dari luar negara, Stephanie Fisher. Memang teruja kerana sebelum ini saya hanya dapat belajar menari, penggunaan pentas. Hal ini membuatkan saya lebih bersemangat,” katanya.

Sementara itu, penyanyi berusia 39 tahun ini memberitahu konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini tidak hanya fokus kepada dirinya sahaja.

“ Penonton bukan hanya akan disajikan dengan seleksi lagu menarik daripada album-album terdahulu malah dapat melihat kehebatan pasukan produksi yang diberi tanggungjawab pada malam itu nanti.

“ Saya akan pastikan setiap aspek termasuklah para pemuzik, pencahayaan, pentas, sistem bunyi adalah di aras yang paling baik. Kerjasama pasukan produksi untuk tiga malam ini akan membuatkan penonton akan terkesan dan pulang dengan senyuman,” katanya positif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Mar 2022
Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Hiburan Mon, 26 Feb 2024