Hiburan By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 5:50pm

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan telah mengambil alih kedudukan mereka baru-baru ini.

Perkara itu telah dilaporkan oleh Quartz Media di mana Samsung telah menguasai 29% daripada keseluruhan pasaran untuk suku kedua tahun ini, manakala Xiaomi hanya menguasai 28% sahaja. Kajian pasaran ini dibuat untuk setiap suku tahunan oleh Counterpoint Research.

Bagaimanapun, peranti keluaran Xiaomi, Redmi 5A dan Redmi Note 5 Pro masih lagi muncul sebagai peranti paling popular di negara berkenaan. Samsung Galaxy J6 pula menduduki tempat ketiga, mengatasi Redmi Note 5 dan Vivo Y71 di tempat keempat dan kelima.

Perkara ini semestinya merupakan satu berita baik bagi pihak Samsung. Ini kerana Samsung kini sedang dalam proses untuk memperluaskan seterusnya menguasai pasaran kedua terbesar bagi industri telefon pintar tersebut.

Akan tetapi, memandangkan beza peratusan yang sangat kecil di antara kedua-dua syarikat, Samsung menegaskan mereka akan terus berusaha dari segi pemasaran dan pengeluaran supaya dapat terus memegang status berkenaan. Untuk makluman anda, Vivo(12%), Oppo(10%) dan Honor(3%) menyempurnakan senarai lima syarikat pengeluar paling popular di India.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Events Wed, 23 Jan 2019

Start a New CNY Tradition in Your Family by Spending it in a Water Theme Park

It’s a different but still very fun way to spend the auspicious holiday together.

Hiburan Sat, 1 Jul 2023
Hiburan Fri, 26 Oct 2018

费玉清「2019告別演唱会」最后一次登云顶舞台

「金嗓歌王」费玉清将于2019年4月12日及13日(星期六)晚上8时30分,再次踏上云顶云星剧场的舞台,举办他的个人告别演艺圈的巡回演唱会。

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bertunang

Wah, tak sangka Eyra dah jumpa jodoh beliau. senyap-senyap je kan?