Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2019 @ 6:00pm

‘ Ya, Dia Teman Istimewa Saya’- Syafiq Kyle Mengaku Bercinta Dengan Mimi Lana

Pelakon Syafiq Kyle akhirnya membuat pengakuan hatinya sudah dimiliki.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Nur ini mengaku dia kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon jelita, Mimi Lana.

” Saya tiada niat untuk sorok status hubungan kami. Ya, dia teman istimewa saya. Memang kami sudah lama berkawan tapi saya tidak mahu menjaja kisah cinta kepada peminat.

 “Saya bukannya mahu bermain teka-teki kerana ramai juga yang sudah tahu mengenai hubungan ini dan pernah nampak kami keluar berdua sebelum ini,” katanya yang memutuskan tidak mahu terlalu menunjuk hubungan mereka berdua kepada umum. 

Mengulas sejauh mana hubungannya dengan Mimi, kata Syafiq, mereka belum ada perancangan ke jenjang pelamin dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, ahli keluarga memang sudah tahu mereka berkawan.

“Namun, saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.

“Buat masa ini, saya masih belum puas dengan pencapaian dalam karier seni.

“Begitu juga dengan Mimi, dia juga ada yang mahu dikecapi dalam kariernya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 18 May 2022

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Hisyam Hamid tak mahu tayang aset sekadar untuk menarik perhatian dalam lakonan.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

“BEDAH T***K TAK SIAP LAGI KE,” NETIZEN SINDIR SAFIEY ILLIAS

Adakah 31 Disember ini akan memberikan satu lagi perkhabaran bahawa Safiey Ilias akan bertukar semula menjadi “Sofea Ilias” atau sebaliknya?

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

HaHa Under Fire For Making Extremely Rude Gesture on Live Broadcast

The gesture he made is far worse than the middle finger!